Monday, 13 August 2012

Trafik Jem Di Langit Subuh Sebelah Timur! Pada 13hb Ogos 2012 !!!



Pagi esok (13 Ogos 2012), akan berlaku jem yang amat teruk! Bukan di jalan raya, tapi di langit sebelah timur!

Cuba tengok arah Timur, lebih kurang 15 minit selepas Subuh. Guna mata je.

Kali ni, banyak betul benda nak tengok! So kita start slow-slow..

Pandukan arahan di bawah dengan gambarajah yang telah disediakan.
1.Tulisan Putih menunjukkan nama bintang, planet dan bulan.
2.Tulisan Coklat serta garisan-garisan yang membentuk bulatan tu, menunjukkan kawasan Buruj-buruj tumpuan pagi ni.
3. Garisan Purple, menunjukkan Arah pandangan yang kita harus ikut (refer kepada arahan di bawah nanti)

Jom kita mula!

Mula pada BULAN.

Dari BULAN, naik ke ATAS (tengok arrow warna purple). Kita akan bertemu dengan MUSYTARI.

Kemudian, kalau dari MUSYTARI, kita sambung ke ATAS lagi, senget sikit ke KIRI, kita bertemu dengan Gugusan bintang SEVEN SISTERS (ingat lagi kan kat depa?)

Dari MUSYTARI, ke KANAN SIKIT darinya, akan nampak sebiji bintang terang warna merah, itu ialah ALDEBARAN.

Semua depa di atas ni , berada dalam buruj TAURUS.

OK, sekarang kembali ke BULAN.

Dari BULAN, arahkan pandangan ke KIRInya. Kita akan jumpa dengan sebuah bintang terang warna putih-putih sikit. Itu ialah bintang CAPELLA. Kawasan tu ialah kawasan buruj bernama AURIGA.

Kembali ke BULAN.

Dari BULAN, arah pandangan anda ke BAWAH sikit. Akan bertemu dengan planet ZUHRAH. Memang tak akan miss, padal Zuhrah-lah yang paling terang di situ (selain Bulan lah).

Dari ZUHRAH, turun ke arah KIRI BAWAH (lower left). Kita akan jumpa 2 buah bintang yang sama terang. Itulah bintang CASTOR (yang sebelah kiri) dan POLLUX (yang kanan). Depa berdua ni dok dalam buruj GEMINI.

Kembali ke BULAN.

Dari BULAN, pandang ke arah KANAN nya. Kita akan jumpa dengan buruj ORION. Semua orang kenal buruj ni, pasal susunan nya cantik. Dan ada 3 deretan bintang sama terang di tengah-tengahnya.

Sementara di ORION ni, jangan lupa tengok bintang BETELGEUSE yang berwarna merah garang pada PENJURU KIRI BAWAH, dan bintang RIGEL, berwarna putih di PENJURU KANAN ATAS.

Dari ORION juga, dan pandang arah deretan 3 bintang di tengah-tengah dia tu, buat garisan dan unjurkan ke KANAN BAWAH… kita akan bertemu dengan bintang paling cerah di langit, iaitu SIRIUS. Sirius ni dok dalam sebuah buruj bernama CANIS MAJOR.

Sumber : 
WARKAH WORLD PEACE

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive