Tuesday, 14 August 2012

HEBAT BETUL !!! WARTAWAN BH TUNJUK KEHEBATAN DI BAZAR RAMADHAN ???





Akhbar Berita Harian ada menyiarkan laporan pada muka hadapan kononnya segelintir wargakerja kerajaan didapati culas dan berada di pasar-pasar Ramadan membeli juadah. Ia adalah berdasarkan kepada pemerhatian seorang wartawan di sebuah pasar Ramadan di Putrajaya.

Sebagai wartawan, tuduhan yang bulat-bulat mempersalahkan wargakerja kerajaan tidak sepatutnya disiarkan tanpa ada siasatan dan pengesahan terlebih dahulu. Wartawan berkenaan barangkali tidak mengetahui bahawa ada jabatan-jabatan kerajaan telah mula mengamalkan jadual waktu kerja anjal. 


Waktu kerja anjal membolehkan seseorang wargakerja itu masuk pada jam 7.30 pagi dan akan keluar pada jam 4.30 petang. Ada pula yang memilih untuk masuk pada jam 8.30 pagi dan akan tamat bekerja pada jam 5.30 petang.

Pasar Ramadan biasanya akan mula beroperasi pada jam 4.30 petang, maka
bertepatanlah dengan masa habis bekerja wargakerja yang memilih waktu masa bekerja anjal yang pertama (7.30 pagi hingga 4.30 petang)

Perlu dingatkan bahawa wargakerja kerajaan bukanlah terdiri daripada mereka yang bekerja di pejabat sahaja. Ia juga meliputi guru-guru yang bekerja di sekolah yang akan tamat bekerja pada antara jam 1.30 hingga 2.30 petang. Bagaimana beliau (wartawan) dapat mengesani wargakerja kerajaan daripada kalangan orang awam juga boleh dipersoalkan.

Laporan akhbar yang memperlekeh dan merendah-rendahkan wargakerja kerajaan sedikit sebanyak mencemarkan imej perkhidmatan awam. Apatah lagi baru-baru ini perkhidmatan awam telah menerima seorang Ketua Setiusaha Negara yang baru walhalnya pelbagai tuduhan yang telah dilemparkan adalah merupakan fitnah semata-mata.

1 comment:

  1. Kalau dah kata segelintir tu, memang tak boleh nak dipertikai penulisan itu. Hakikatnya memang benar ada kakitangan kerajaan yang culas kerja. Bukan setakat di bulan puasa, tetapi sepanjang masa. Aku cadangkan BH interview saja siapa yang dirasakan sebagai kakitangan awam yang ponteng tugas, yang berborak dan melepak di kedai kopi tanpa had masa. Atau interview pelanggan yang terbazir masa akibat penjawat awam hilang dari meja.

    Disiplin dan dedikasi harus menjadi pegangan hidup bagi setiap kakitangan kerajaan. Perlu ingat bahawa ada jutaan manusia yang ingin menggantikan tempat mereka.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive