Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.
Mengikut laporan Malaysiakini...
Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif.
DATARAN , Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.
"Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL.Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun.
Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.
Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta. ( Betul ke capai sasaran ? Kalau capai takkan lah Pok Somad muka masam mencuka..kalau yer pun nak buat lawak..agak2 la weiii !!! )
Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.
"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.
"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.
Malaysiakini menganggarkan seramai lebih 10,000 yang hadir yang terdiri dari manusia serta langau kuning...
No comments:
Post a Comment