Lah, lagi cerita si Norish mengaku anak beliau. Betul lah, tapi dengan siapa? Ini yang menjadi persoalan dikalangan masyarakat. Adakah pihak berkuasa perlu ambil bahagian? Pada pendapat kami, Jabatan Agama Islam, Polis, Kebajikan Masyarakat perlu siasat dan beri penerangan tentang kekeliruan masyarakat ini.
Kalau orang awam, sudah tentu siasatan rapi seperti Pemimpin Sumbang Mahram baru-baru ini. Harap pihak berwajib siasat dan beri penjelasan sebelum ada yang menuduh yang bukan-bukan pula...jangan pulak pihak berwajib hanya mengambil sikap lepas tangan bila membabitkan artis tersohor si Norish Karman.
Harian Metro
PETALING JAYA: “Tiada apa-apa kesan. Semuanya normal. Malah, peminat memberi sokongan yang menakjubkan. Mereka menyokong dan sayang saya dan anda boleh melihatnya di facebook saya.
“Saya juga tak pernah dicemuh masyarakat. Tiada. Malah, mereka masih sayang, memeluk dan memberikan perangsang kepada saya supaya lebih kuat dan tabah,” kata pelakon dan pengacara, Norish Karman berhubung kesan diterimanya selepas membuat pengakuan mengenai status seorang bayi lelaki dalam kehidupannya.
Sempena Aidilfitri baru-baru ini, Norish tampil dalam sebuah akhbar dan program televisyen memperkenalkan si kecil yang juga anggota baru keluarganya dan diberi nama Muhammad Haq Lutfie Alexander, 11 bulan.
Dalam kenyataannya, Norish turut mengaku bayi itu anaknya yang dikandung selama lebih sembilan bulan. Bahkan, dia melahirkan bayi itu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya pada 24 September tahun lalu.
Tatkala, ditanya mengapa baru sekarang dia bersedia membuka mulut memberikan penjelasan, Norish yang mesra dengan sapaan NK memaklumkan ia tiada kaitan dengan soal dia tutup atau buka mulut. Katanya, dia sudah bercadang untuk menjelaskan semuanya pada majlis sambutan hari jadi pertama bayi itu.
“Saya mahu mengadakan majlis sambutan hari jadi apabila anak saya berusia setahun nanti dan menjemput semua orang. Itu cara saya hendak memaklumkan kehadiran putera saya,” katanya.
Menurut Norish, bersandarkan semangat dan kegembiraan dinikmatinya itu, dia hadir menjayakan majlis sambutan Aldilfitri program Wanita Hari Ini TV3 yang diadakan secara langsung di perkarangan Sri Pentas TV3, Bandar Utama, di sini semalam.
Sumber : helangbuana
ape lak pihak berwajib bukan die org singapore ke.. lg pun die tak buang anak pun adeh..
ReplyDeleteyer ke..tapi dia kan tinggal di Mesia tuan!!!
ReplyDeleteBukan soal dia tak buang anak. Soalnya dia adalah seorang Islam.
ReplyDeleteDia dah mengaku telah mengandung dan melahirkan anak tersebut. Semua orang tahu yang dia takde suami. Jadi jika dia dah bernikah secara diam-diam tentulah akan timbul fitnah bila tiba-tiba keluar bayi dari perutnya.
Maksud blogger, dia haruslah jelaskan status anak dia tu.. sah taraf atau tidak.
Jika kita orang Islam tidak merasa apa-apa dgn kes ini malah memberi semangat untuk dia tabah (kalau anak tu tak sah taraf bermakna dia telah buat dosa besar), kita seolah-olah memaafkan dia dan menganggap dia adalah mangsa.
Selemah-lemah iman ialah membenci perbuatan maksiat itu di dalam hati jika kita tak mampu menegur dengan kata-kata (nasihat) atau mengambil tindakan (menjatuhkan hukuman mengikut syarak).
Tapi jangan sekali-kali kita memberi sokongan moral kepada dia pula seolah-olah kita menyetujui perbuatannya. Dosa dia adalah dengan Allah, kita takde hak untuk memaafkan dia.
Jika anak itu anak tidak sah taraf dan dia dengan bangga menjemput orang ramai ke majlis harijadi anaknya, bermakna dia tidak rasa malu dengan dosa yang telah dilakukan.
Namun saya harap, anak tu anak yang sah taraf, demi menjaga aib anak yg tak berdosa itu. Semoga dia dapat buktikan pernikahannya dgn si lelaki tersebut.