Lah, lagi cerita si Norish mengaku anak beliau. Betul lah, tapi dengan siapa? Ini yang menjadi persoalan dikalangan masyarakat. Adakah pihak berkuasa perlu ambil bahagian? Pada pendapat kami, Jabatan Agama Islam, Polis, Kebajikan Masyarakat perlu siasat dan beri penerangan tentang kekeliruan masyarakat ini.
Kalau orang awam, sudah tentu siasatan rapi seperti Pemimpin Sumbang Mahram baru-baru ini. Harap pihak berwajib siasat dan beri penjelasan sebelum ada yang menuduh yang bukan-bukan pula...jangan pulak pihak berwajib hanya mengambil sikap lepas tangan bila membabitkan artis tersohor si Norish Karman.
Harian Metro
PETALING JAYA: “Tiada apa-apa kesan. Semuanya normal. Malah, peminat memberi sokongan yang menakjubkan. Mereka menyokong dan sayang saya dan anda boleh melihatnya di facebook saya.
“Saya juga tak pernah dicemuh masyarakat. Tiada. Malah, mereka masih sayang, memeluk dan memberikan perangsang kepada saya supaya lebih kuat dan tabah,” kata pelakon dan pengacara, Norish Karman berhubung kesan diterimanya selepas membuat pengakuan mengenai status seorang bayi lelaki dalam kehidupannya.
Sempena Aidilfitri baru-baru ini, Norish tampil dalam sebuah akhbar dan program televisyen memperkenalkan si kecil yang juga anggota baru keluarganya dan diberi nama Muhammad Haq Lutfie Alexander, 11 bulan.
Dalam kenyataannya, Norish turut mengaku bayi itu anaknya yang dikandung selama lebih sembilan bulan. Bahkan, dia melahirkan bayi itu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya pada 24 September tahun lalu.
Tatkala, ditanya mengapa baru sekarang dia bersedia membuka mulut memberikan penjelasan, Norish yang mesra dengan sapaan NK memaklumkan ia tiada kaitan dengan soal dia tutup atau buka mulut. Katanya, dia sudah bercadang untuk menjelaskan semuanya pada majlis sambutan hari jadi pertama bayi itu.
“Saya mahu mengadakan majlis sambutan hari jadi apabila anak saya berusia setahun nanti dan menjemput semua orang. Itu cara saya hendak memaklumkan kehadiran putera saya,” katanya.
Menurut Norish, bersandarkan semangat dan kegembiraan dinikmatinya itu, dia hadir menjayakan majlis sambutan Aldilfitri program Wanita Hari Ini TV3 yang diadakan secara langsung di perkarangan Sri Pentas TV3, Bandar Utama, di sini semalam.
Sumber : helangbuana

