Saturday, 18 August 2012

BLOG ANWAR !!! ANWAR MOHON MAAF DARI NAJIB ???



Adakah Dato' Seri Anwar Ibrahim benar-benar telah membuat satu perutusan khas sempena Aidilfitri 2012 memohon maaf kepada Dato' Seri Najib Tun Razak? Pelik bin ajaib, apabila seorang ketua pembangkang yang dengan lantang menentang urus tadbir oleh kerajaan, secara tiba-tiba membuat pengakuan ini.

Ianya berlaku sebaik sahaja Anwar Ibrahim menamatkan sessi borak di Google Hangout. Beberapa jam selepas itu, satu entri terbaru telah dikeluarkan di blog Anwar Ibrahim, menjelaskan perkara yang berlaku.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Pasukan Pentadbir Blog Anwar berkata, "untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimuat naik di blog ini."

"Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan 'posting' tersebut serta-merta," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, pihaknya difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh 'cybertroopers' Umno bertujuan memburuk dan memfitnah Anwar.

Begitulah mainan politik Malaysia. Sana-sini bermacam cara dilakukan untuk menjatuhkan pihak lawan. Kita sebagai rakyat dan juga pengundi harus bijak memilih parti mana yang layak memerintah negara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive