Showing posts with label Penggodam. Show all posts
Showing posts with label Penggodam. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

Pemfitnah DS Najib Letak Jawatan Di Tangkap !!!



Kuala Lumpur – Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman petang tadi.

“Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka ,” kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau http://www.facebook.com/sofea.hana.9 selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.

“Dia telah menggodam lebih dari 10 website kerajaan malaysia atas dasar politik. Terdahulu beliau telah mengupload video pendakwah bebas, Ustaz azhar idrus atas dasar politik,” tambah ketua polis tersebut.Wanita itu Ditahan di lokasi kediaman beliau petang tadi.. – AFP

Saturday, 18 August 2012

BLOG ANWAR !!! ANWAR MOHON MAAF DARI NAJIB ???



Adakah Dato' Seri Anwar Ibrahim benar-benar telah membuat satu perutusan khas sempena Aidilfitri 2012 memohon maaf kepada Dato' Seri Najib Tun Razak? Pelik bin ajaib, apabila seorang ketua pembangkang yang dengan lantang menentang urus tadbir oleh kerajaan, secara tiba-tiba membuat pengakuan ini.

Ianya berlaku sebaik sahaja Anwar Ibrahim menamatkan sessi borak di Google Hangout. Beberapa jam selepas itu, satu entri terbaru telah dikeluarkan di blog Anwar Ibrahim, menjelaskan perkara yang berlaku.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Pasukan Pentadbir Blog Anwar berkata, "untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimuat naik di blog ini."

"Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan 'posting' tersebut serta-merta," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, pihaknya difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh 'cybertroopers' Umno bertujuan memburuk dan memfitnah Anwar.

Begitulah mainan politik Malaysia. Sana-sini bermacam cara dilakukan untuk menjatuhkan pihak lawan. Kita sebagai rakyat dan juga pengundi harus bijak memilih parti mana yang layak memerintah negara.

Thursday, 14 June 2012

PEMEGANG AKAUN BERDEPAN DENGAN PENGGODAM

PETALING JAYA: Penggodaman yang semakin berleluasa meletakkan pelbagai pemegang akaun berisiko didakwa kerana kandungan bahan dalam laman web mereka yang sebenarnya tidak disiarkan - dengan Akta Keterangan yang baru diperkenalkan yang meletakkan beban bukti ke atas mereka.

Menurut CyberSecurity Malaysia, secara purata lapan akaun peribadi, blog dan laman web telah digodam di Malaysia setiap hari.

"Ia tidak memerlukan seorang pakar untuk menggodam ke dalam akaun peribadi seperti Facebook, Twitter dan e-mel," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Lt-Kol (B) Prof Datuk Husin Jazri.

"Mana-mana orang yang celik komputer boleh belajar bagaimana untuk melakukannya."

Beliau menambah, pengguna Internet yang tidak mementingkan keselamatan akaun peribadi mereka merupakan sasaran yang paling mudah. - mS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive