Thursday, 14 June 2012

PEMEGANG AKAUN BERDEPAN DENGAN PENGGODAM

PETALING JAYA: Penggodaman yang semakin berleluasa meletakkan pelbagai pemegang akaun berisiko didakwa kerana kandungan bahan dalam laman web mereka yang sebenarnya tidak disiarkan - dengan Akta Keterangan yang baru diperkenalkan yang meletakkan beban bukti ke atas mereka.

Menurut CyberSecurity Malaysia, secara purata lapan akaun peribadi, blog dan laman web telah digodam di Malaysia setiap hari.

"Ia tidak memerlukan seorang pakar untuk menggodam ke dalam akaun peribadi seperti Facebook, Twitter dan e-mel," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Lt-Kol (B) Prof Datuk Husin Jazri.

"Mana-mana orang yang celik komputer boleh belajar bagaimana untuk melakukannya."

Beliau menambah, pengguna Internet yang tidak mementingkan keselamatan akaun peribadi mereka merupakan sasaran yang paling mudah. - mS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive