Wednesday, 13 June 2012

BIAR BETUL !!!! PENTINGKAN KEDUNIAAN PAS HALANG JEMAAH HAJI


PAS hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihanraya pada musim haji tahun ini.

Jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jamaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya.

“Selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu,” keluh beliau.

Tuan Ibrahim berkata sebagai pengundi tidak seberat tekanan dibandingkan dengan seseorang yang dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya.

“Tambahan pula, seandainya pilihanraya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Jika ini berlaku, Tuan Ibrahim berkata ia sudah tentu akan meninggalkan kesan yang besar kepada keputusan dan peratusan keluar mengundi.

“Ini melibatkan semua parti politik, dan apa yang penting ialah hak rakyat dalam sistem demokrasi hendaklah dihormati, ini telah menyebabkan banyak spekulasi terhadap apakah tarikh pilihanraya yang besar. Keadaan ini amat tidak sihat untuk negara kerana sangat mengganggu perancangan pelbagai pihak,” kata belliau. 

pT
Mengapa perlu suruh orang yang hendak menunaikan fardu haji menangguh pemergian mereka? Mana lebih penting? Ibadat atau kepentingan peribadi?  PAS lebih pentingkan keduniaan ! Hanya orang yang bengong dan gong saja yang akan menurut saranan PAS tuh! Jelas terbukti di dalam hati pemimpin PAS penuh dengan kotoran hasad dengki..! PAS takut dengan bayang-bayang sendiri..padahal kalau PAS benar-benar mengamalkan keimanan tentunya cukup dengan bertawakkal kepada ALLAH...!.Lupa pulak..PAS boleh gerenti semua pengikutnya masuk syurga barangkali. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive