Friday, 8 June 2012

BIAR BETUL !!! BEBERAPA SIRI 'BELAWOK' AKSB KEPADA RAKYAT KELANTAN


Rungutan rakyat Kelantan mengenai perbekalan air yang dibekalkan kepada mereka sejak 13 tahun lalu kini semakin memuncak malah terdapat di kalangan mereka sudah serabut perut dengan apa yang berlaku. Perkara ini berpunca dari penyelewengan dalaman tentang kontrak infrasruktur air Kelantan.

Mari kita lihat beberapa siri 'belawok' Kerajaan Pas Kelantan berkaitan dengan masalah air :

1. Pada  2003, AKSB dilaporkan memberi jaminan bahawa semua masalah air di negeri ini akan dapat di selesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004.

2. Pada sidang DUN 14 November 2006, Anizam dilaporkan berkata, Kerajaan Pas Kelantan menjangkakan seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya 2010.

3. Pada 22 Mei tahun 2009, sekali lagi Anizam menyatakan bahawa AKSB sedang mengenal pasti kawasan yang mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan pendalaman untuk dibina pam air yang diimpot dari Denmark.

4. Pada 10 November 2010, Anizam menyatakan maslah air di Kelantan akan selesai sepenuhnya pada tahun 2017, maksudnya 17 tahun lagi.

Lihat juga beberapa siri 'kegagalan' AKSB serta Kerajaan Pas Kelantan

1. Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water / NRW) yang menelan kos sebanyak RM 130 juta, di mana projek yang bermula pada Julai 2008, dan berakhir pada Ogos 2011, gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh.

2. Kegagalan projek penukaran meter air kepada ‘Smart Meter’ berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM 12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut.

3. Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diwar-warkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air, namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air.

4. Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara total, dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai 6 buah lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air.

5. Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan.

6. Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukir Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai, dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna / rakyat.

7. Kos tinggi menaiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos sebanyak RM 58 juta, dan difahamkan, kos sebenar hanyalah RM 35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya.

 



pT
Tapi segala apa yang di janjikan serta di nyatakan semuanya tidak menjadi kenyataan. Mana pam air yang dikatakan diimpot dari Denmark.Sehingga sekarang nampaknya tidak akan selesai dan ditambah pula dengan janji untuk membina lebuh raya rakyat. Nampaknya seluruh rakyat Kelantan kenyang dengan 'janji manis' yang di ciptak oleh MB serta exco2nya.

Maka bertepatanlah dengan kemasukan penyanyi 'Janji Manismu' ke dunia politik Pas. Tersangat sinonim barangkali. MB dan Anizam lah yang kena tanggung kalau ada rakyat Kelantan tidak boleh mandi wajib selepas berjimak. Untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 15 tahun lagi untuk melihat 100% liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive