Thursday, 21 June 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! MATA SAJA RABUN YANG LAIN TIDAK...


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang mengalami masalah rabun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua pertuduhan mencabul dua gadis di lokasi dan waktu yang sama, tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Abdul Aziz Ab Rahman, 45, dari Jalan Panji Alam, di sini, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Mengikut pertuduhan pertama, dia yang turut menghidap penyakit kencing manis dan jantung itu didakwa pada 21 September 2005 jam lebih kurang jam 12 tengah hari di sebuah rumah di Tanah Lot Batu 10, Gong Badak, di sini, telah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa yang ketika itu berusia 24 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan jenayah sama terhadap seorang lagi mangsa yang berusia 21 tahun di lokasi dan waktu yang sama.

Dengan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabitkan kesalahan. -sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive