Saturday, 23 June 2012

BERI KEMENANGAN KEPADA BN PRU13 - KULI


GUA MUSANG - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meminta rakyat memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 untuk membolehkan kerajaan meneruskan agenda pembangunan negara dengan lebih pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Justeru, beliau meminta mereka menilai kemajuan dan pembangunan yang dinikmati kini hasil pemerintahan kerajaan BN.

"Kemenangan pada PRU-13 itu terletak di tangan rakyat untuk membuat keputusan, tetapi saya percaya rakyat akan membuat penilaian dan menentukan keputusan terbaik kepada kerajaan sedia ada," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Paloh 3 hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian, berkata rakyat perlu memahami perjuangan sebenar kerajaan sekarang yang lebih banyak membantu mereka menikmati pelbagai kemajuan, termasuk dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata kawasan Parlimen Gua Musang juga sudah menikmati banyak projek pembangunan, termasuk beberapa sekolah menerima bangunan baru yang serba lengkap dan selesa untuk pelajar. - Bernama


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive