Saturday, 23 June 2012

BIAR BETUL !!! PR TELAH MULAKAN DEMO 24 JAM ANTI LYNAS

KUANTAN: Demonstrasi yang diadakan selama 24 jam bagi membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi (Lynas) bermula dengan para penyokong membawa kalungan bunga dan sepanduk di pantai Balok di sini, Sabtu.

Penganjur acara Balok-Gebeng itu dimulakan dengan ucapan oleh pemimpin Himpunan Hijau.

Turut hadir ialah Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngahm Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Dr Dzulkeflu Mohamad Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tras, Choong Siew onn dan Adun Beserah, Syed Mohammed Tuan Lonnik dan aktivis, Hishammuddin Rais.

Penyokong kemudiannya mula bergerak ke arah pantai dan meletakkan ratusan sepanduk dan keranda olok-olok di atas kain rentang yang sangat besar bagi menggambarkan kilang penapisan nadir bumi Lynas yang terletak berdekatan dengan tempat tersebut.

Rali berkenaan dijangka akan berakhir apabila kumpulan berkenaan berkumpul di hadapan kilang Lynas di Gebeng pada Ahad. - mS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive