Wednesday, 13 June 2012

WOO!!! BIJAKNYA MB KEDAH NIH...


Menjelang PRU 13

ALOR SETAR - Tidak ada halangan untuk ahli Pas di Kedah mengerjakan haji walaupun kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan ketika musim haji, namun calon yang bakal bertanding perlu berada dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya.

"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.

"Ahli (kalau) nak pi, pi la tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi (nanti) orang nak undi calon, calon dok pi Makkah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.

Menurutnya, jika benar PRU13 bakal diadakan ketika musim haji, terpulang kepada ahli sama ada mahu meneruskan niat itu atau menangguhkannya.

"Pi banyak orang pun tak apa, tak jejas (persediaan pilihan raya), ada ramai lagi, yang tu yang nak mengundi nanti, setakat dua org pi, nak heran apa.

"(Jika ada ahli yang ingin tangguh ibadat haji) itu ikut suka dia, dalam Islam, yang nak pi haji kena ada berkemampuan dan berkeupayaan, keupayaan ini termasuklah jalan selamat, duit cukup, badan sihat, ada orang jaga anak di rumah, bila semua dah 'clear', tidak ganggu (ibadat), baru boleh pi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Azizan berkata, tiada keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berhubung isu penangguhan ahli daripada menunaikan ibadat haji seperti yang didakwa diperkatakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya baru balik dari Kuala Lumpur, mesyuarat AJK Pas pusat, tidak pernah buat keputusan pun, mungkin dia (Tuan Ibrahim) cakap atas kapasiti ketua penerangan, kita tidak tahu.

"Saya tidak mahu kata apa-apa, tidak diputuskan apa-apa, saya tidak dengar (sendiri), takut dia (Tuan Ibrahim) cakap lagu (macam) lain, orang tulis lagu lain, adakah dia maksudkan pengundi, calon atau orang yang sudah pi tetapi nak pi lagi," katanya.

Ketua Penerangan Pas itu didakwa mengeluarkan kenyataan meminta semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguhkan ibadat haji bagi memberi laluan kepada PRU13.

Malah, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kemudiannya menjelaskan bahawa penangguhan itu hanya merujuk kepada calon, wakil calon serta pengarah pilihan raya parti itu.

pT
Pemimpin Pas pakat buat lawak dalam menangani isu PRU pada musim haji. Seorang kata tangguhkan ibadat haji, seorang lagi pulak mengatakan boleh pergi dan hanya calon sahaja yang tak boleh menunaikan haji. Kluk klik weh dengan gelagat para pemimpin Pas ni. Tapi apapun kita sebagai manusia yang ada akal fikiran, sendiri fikir dan renung apa sebenarnya yang di kehendaki oleh Pas dari para penyokongnnya. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive