Monday, 25 June 2012

SAYA TIDAK SOKONG PEMBINAAN LYNAS - CHE ROSLI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Saintis PAS, Dr Che Rosli Che Mat mahu semua pihak termasuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) agar tidak mengaitkan kononnya beliau menyokong pembinaan projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat mendakwa namanya digunakan secara berleluasa tanpa kebenaran bagi tujuan promosi semata-mata mahu meyakinkan rakyat tentang projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

"Saya tak izinkan nama saya digunakandalam kenyataan untuk pertahankan Lynas. Saya hanya berikan pandangan sebagai seorang saintis sahaja.

"Saya tak benarkan sama ada Ahli Parlimen BN atau mana-mana pihak yang menyokong Lynas gunakan nama saya untuk katakan Lynas itu selamat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Selain itu Che Rosli yang juga pakar nuklear menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang menggunakan namanya demi kepentingan tertentu dalam isu Lynas yangmendapat bantahan pembangkang.

"Sekarang ini ada pin baju yang menggunakan gambar saya dengan slogan kami sokong Lynas.

"Semua sebaran seperti kartun, kemeja-T serta pin baju itu dibuat tanpa persetujuan saya.

"Saya tak pernah minta nama saya digunakan untuk menjelaskan kebaikan atau mengesahkan Lynas itu selamat.

"Sekiranya ada yang gunakan juga, saya akan ambil tindakan undang-undang," katanya.

Bagaimanapun Che Rosli sekali lagi mengakui beliau bersetuju dengan laporan bahawa kadar radiasi projek Lynas berada pada tahap yang rendah.

"Saya akui tahap radiasinya memang rendah. Tapi bukan bermakna saya buat persetujuan bahawa Lynas itu selamat.

"Banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian seperti pengurusan sisa projek itu nanti," katanya.

2 comments:

  1. nama pun dah pembangkang..cai tetap caiii

    setuju tapi tak setuju..macam pernah aku dengar tapi dimana yee.......muhahahaaaa

    ReplyDelete
  2. mengaku tapi tak mengaku..bengong

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive