Sunday, 24 June 2012

TR1MA UNTUK PEMNANDU TEKSI SELURUH NEGARA - PM


Beberapa pemandu teksi menunjukkan baucar subsidi tayar sebanyak RM520 pada program pelancaran Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi di negara ini melalui program tersebut.

Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyediakan dana lebih daripada RM1 juta untuk menyediakan Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada 100,000 pemandu teksi di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin untuk membantu semua golongan, rintihan yang dihadapi pemandu teksi yang merupakan kumpulan yang besar, juga wajar diberi perhatian. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive