Friday, 15 June 2012

BIAR BETUL !!! TERLALU TAKSUB PINTU KEDAI DOBI BERLAMBANGKAN BENDERA PAS


Beberapa minggu yang lalu,  pT dengan seorang sahabat dalam perjalanan ke Kota Bharu atas suatu urusan peribadi. Handset pT kehabisan kredit, lalu pT berhenti di sebuah kedai untuk menambah kredit.  Bersebelahan dengan kedai top up pT terpandang ada sebuah kedai dobi yang menggunakan lambang bendera Pas sebagai pintu kedai. Satu pertanyaan  pT, adakah pelanggan selain dari penyokong-penyokong Pas yang mengunjungi kedai dobi tersebut?


Lalu pT bertanya kepada budak penjual topup kenapa dengan kedai sebalah tu. Dengan selamba budak penjual topup menjawab, katanya, penyewa  kedai dobi itu sudah lari kerana tiada pelanggan. 


" Mungkin pemilik asal kedai dobi tidak membenarkan penyewa kedainya untuk menukar pintu yang berlambangkan bendera Pas kepada pintu yang asal," katanya. 


PT hanya tersenyum sambil berlalu dan sempat merakam gambar pintu kedai dobi tersebut yang terletak di lokasi - Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu. Betul-betul di simpang lampu isyarat Taman Uda Murni. Lihat..bertapa taksubnya puak-puak ni , sehinggakan sanggup mengecat dan menjadikan bendera PAS sebagai pintu kedai. Jika berkesempatan melalui jalan tersebuat jangan lupa untuk meninjau kedai dobi yang dimaksudkan.


Sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia. Sesetenghnya pulak sampai sanggup menjadikan bendera pas sebagai sejadah untuk solat.Hanya sebahagian sikap taksub para penyokong Pas kepada parti serta pemimpin meraka. 

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!!


1 comment:

  1. Macam2lah gelagat penganut pas ni..sanggup dan rela buat apa saja demi parti dan pemimpin mereka. Tak terfikir oleh akal perbuatan puak2 nie.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive