Thursday, 28 June 2012

GUANG ENG !!! LU SAPE MAU BANTAH PRU MUSIM HAJI...!!!


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini dilapor mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya pada musim haji.

Menurut Lim, kenyataan Najib yang juga presiden Umno itu "tidak boleh diterima" kerana ia menimbulkan "rasa kurang senang hati" di kalangan umat Islam yang menunaikan ibadah tersebut.

Dengan membuat perbandingan, Lim berkata perasaan yang sama turut dirasai orang bukan Islam jika pilihan raya diadakan pada musim perayaan lain seperti Tahun baru Cina, Deepavali atau Krismas.

"Kita harap perdana menteri dapat menimbang semula (cadangan itu). 

"Jangan mengadakan pilihan raya semasa (umat Islam) menunaikan ibadat haji kerana saya rasa, ini merupakan satu taktik yang cuba untuk memecah belahkan rakyat," katanya.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!! 

2 comments:

  1. gimik taik. takkan la najib ni teruk sgt nak buat dlm musim haji. org bn dan pengundi bn pun pi haji jugak. Kecoh betoi la org politik ni. saja cari isu.

    ReplyDelete
  2. Setuju. .coz takde isu besar...maka dispin pru musim haji...nmpk sgt pemimpin negara ni ketandusan dan kekeringan isu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive