Saturday, 16 June 2012

BIAR BETUL !!!! RUPANYA ORANG JOHOR SELAMA INI JADI EKOR CICAK



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Johor untuk membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat menuju Putrajaya sepertimana yang ditunjukkan oleh beberapa tokoh Umno dan bekas pemimpin polis dan tentera yang kini menyertai perjuangan gabungan itu.

Bahkan, Abdul Hadi juga menggesa supaya rakyat negeri ini tidak menjadi seperti "ekor cicak" dalam usaha untuk menuju perubahan supaya tidak ketinggalan.

"Kita berharap orang Johor juga ikut buat perubahan. Kita tidak mahu orang negeri lain berubah, Johor tak berubah.

"Johor jadi ekor cicak. Ekor cicak kita tahu lah, putus ekor dia... (bunyi ekor menggelepar) tinggal situ saja. Jangan!. Johor mesti buat perubahan sama," katanya yang diiringi ketawa para hadirin.

Berucap kepada lebih 500 hadirin di Majlis Jamuan Rakyat di Tongkang
Pechah dalam parlimen Batu Pahat petang ini, Abdul Hadi berkata rakyat perlu menjadi hakim untuk menentukan pemerintahan dalam menepati maksud demokrasi.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata peluang PAS untuk menang dalam pilihan raya "tidak mudah tetapi tidak mustahil" untuk mencapainya.

Katanya lagi pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat di negeri itu
mencapai tahap "95 peratus".

Ditanya berapa kerusi PAS akan bertanding, ahli parlimen Marang itu berkata: "Tunggu pada hari penamaan calon".

"Kita yakin mempunyai calon Pakatan yang cukup untuk mentadbir negara dan negeri," katanya. -mK

pT
Hakikatnya, apa jua bangsa, agama, warna kulit atau keturunan; anda adalah rakyat Malaysia dan berhak memilih dan menentukan corak kepimpinan anak-anak Malaysia, bijak sekarang, pilih yang terbaik untuk warisan anda. Tapi agak-agaklah, kalau  terlalu yakin untuk kemenangan sehinggakan 95%. Demi  keamanan serta keharmonian rakyat, semuanya terletak ditangan kita sebagai pengundi. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

7 comments:

  1. Johor jgn jadi macam ekor cicak..takut ketinggalan, tapi yang aku tau Kelantan yang banyak tertinggal berbanding negeri Johor...Aku rasa negeri kelantan kot ekor ciciknya...Aduhai...Jangan la nak bodohkan orang Johor tu....

    ReplyDelete
  2. Hadi patut buat perubahan diri jangan berselindung dengan Islam jangan jual islam dengan hara yang murah dengan orang kafir dan orang yang bela Yuhudi . Nanti kau tergolek menjadi tergulung jadi mereka dan takdapat jalan keluar dengan murkanya Allah

    ReplyDelete
  3. Betul Cakap Cicak... Johor Perlu Berubah... Beri Peluang PAS Dan Rakan-Rakan Pakatan Rakyat Yang Lain Memerintah Untuk Tunjukkan Kemampuannya...Nyah AMENO yang dah nyawa2 ikan...

    ReplyDelete
  4. Selama ini pun PAS telah pun jadi Ekor Cicak untuk DAP-PKR. Dimana PAS dimata DAP-PKR, tak lebih dari pecacai setia untuk mereka menghancur Islam, Melayu dan negara ini sahaja. PAS akan mengelupur taat seperti cicak apabila disergah oleh DAP-PKR. Lihat saja bagaimana Hadi Awang macam ekor cicak apabila disergah Karpal berhubung perlaksanaan Hudud....Tolonglah PAS jangan menipu penyokong dan pengundi kamu semata-mata untuk kemenangan DAP-PKR yang anti Islam...Lihatlah rakan kamu; Ambiga, LK Siang, Karpal Singh, Roney Liu, Teresa Kok dan yang sealiran dengan mereka.

    ReplyDelete
  5. PAS terletak dijubur Anjing DAP/PKR!!! Bertanding berapa kerusi aja dah jadi pencacai DAP/PKR!!
    Hadi Awang "AMANAT SESAT" Betulkan kedudukan status Ibrahim Libya dan pengikutnya yang dikatakan mati syahid. Sumbangan anak-anak yatim yang ditinggalkan oleh mereka? Makan harta anak yatim apa hukumnya disisi Islam??

    ReplyDelete
  6. nk membela parti yg ko sokong tu pnye pasal... org alim ulama ko snggop hine... snggop kencing... pkir la skit... kate kt i/c islam... ke mu kapir...
    LOL

    ReplyDelete
  7. dalam komponen BN UMNO jadi kepala.dalam komponen PR PAS jadi ekor.sebagai contoh;DS NAJIB[umno]mengumumkan bayar bonus,brim,beri duit kat peneroka felda,anak peneroka felda dengan jumlah yang bagitu banyak iaitu jutaan ringgit mca mic dan parti komponen bn yang lain tak bersuara langsung.ini menunjukkan umno adalah KETUA parti KOMPONEN BN.cuba pas buat macam ni rasa2nya apa akan jadi.sebagai contoh dikedah,dap hanya ada satu kerusi saja.dah macam raja pulak.dengan gertaknya saja pas satu kedah menggigil.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive