“Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.
“Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang,” tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.
Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah.
Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati.
“Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.
pT
Rupa-rupanya masuk Pas terus suci ? Patut la ada kawan aku penyokong Pas tapi perangai mengalahkan setan tetapi dia rasa maccm tidak bersalah sebab bila sokong Pas conform ..... Conform apa aku tak tahu. Politik adalah politik... Islam adalah Islam... juga dgn parti Pas jadi fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!
No comments:
Post a Comment