Wednesday, 27 June 2012

INFO TENTANG SEJARAH ZAMAN JEPUN


Mangsa kekejaman Jepun, darah memancut keluar sebaik sahaja kepalanya dipenggal. Setiap pedang Jepun harus menikmati rasa darah supaya hikmatnya diisi.

Kalau ada orang yang memandang remeh tugas anggota kita yang bertugas di perbatasan negara, saya sememangnya akan cepat berkecil hati dan saya tidak segan silu membidas mereka ini, tidak kisah jika mereka ini muda atau tua.

Selepas dikaji oleh researcher dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), elemen kedatangan Jepun sebenarnya sudah mula dikesan sejak dari awal 1900 an lagi iaitu 40 tahun sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua!!!!

Tahun 1920an dan 1930an, kedatangan mereka mula dimantapkan dengan kemasukan industri dari Jepun dan penyerapan agen-agen imperial ke dalam pelbagai sektor ekonomi dan sosial.

Tahun 1940an, prasarana yang disediakan oleh industri dan agen-agen Imperial ini tiba-tiba bertukar sekelip mata menjadi senjata sokongan terhadap kemaraan tentera Jepun, kilang-kilang yang kelihatan “innocent” semasa pentadbiran British tiba-tiba bertukar sifat yang akhirnya membenam kekuasaan British ke dalam lumpur kekalahan yang memalukan.

Inilah strategi yang saudara pembaca harus teliti dan garapkan dalam kehidupan iaitu “PERANCANGAN STRATEGIK”, ia mungkin mengambil masa singkat dan mungkin ambil masa puluhan tahun tapi hasilnya akan membantu anak bangsa.

SEBAB MISTIK JEPUN KE TANAH MELAYU

Istimewanya Tanah Melayu dengan negara lain yang dijajah oleh Jepun amat berbeza dengan keadaan di Indonesia, Filiphina atau China.

Di China misalnya, habis orang-orang Cina disembelih, begitu juga di Jepun, mereka membuat Holocause beramai-ramai terhadap kaum ini.

Ada pendapat yang menyatakan Jepun sebenarnya tertarik dengan sejarah dan mistiknya orang Melayu dan Tanah Melayu ini tetapi maaflah, saya tidak dapat mengupas soal ini.

Apa yang diketahui Jepun, siapa yang mengerakkan Jepun dan apa misi Jepun, hanya Allah yang Maha Kuasa juga yang tahu.

Adakah atas sebab-sebab mistik ini, Jepun meletakkan baju ajaib itu di Singapura (yang dikira sebagai sebahagian dari Tanah melayu ketika itu), mengapa batu ajaib itu tidak diletak di Indonesia, Filiphina tidaklah saya tahu.

Apabila saya bertanya pada pegawai Muzium Tentera Darat, sah beliau mengesahkan batu itu memang wujud dan agensi perisikan Singapura tahu mengenainya, yang pelik, bagi sahabat saya, cerita batu ini seolah-olah menjadi sebahagian dari Akta Rahsia Rasmi Singapura dan ia merupakan perkara yang sangat sensitif untuk diceritakan.

Maaf saya terpaksa hentikan cerita pasal Jepun di atas, terpulang jika anda semua mahu percaya atau tidak, saya tidak rugi apa…tetapi kalau ada sesiapa yang tahu dan ada maklumat tambahan, sila tambah-tambahkan apa yang saya tidak tahu melalui emel dan ruang komen.

MAKLUMAT YANG TIDAK BOLEH DIKONGSI

Menurut sahabat saya dari kalangan pasukan tentera, kedua-dua empayar iaitu Jepun dan Inggeris, walaupun selepas mereka keluar dari Tanah Melayu dan hari ini, negara bertuah ini sudah menjadi Malaysia, masih ada sejarah dan perkara sulit yang mereka sembunyikan.

ATM pernah meminta blueprint untuk semua struktur bangunan, kubu dan kompleks pertahanan Inggeris di Tanah Melayu tetapi malangnya, permintaan ini disambut dengan tangan yang dingin.

Mereka enggan berkerjasama, entah apa yang masih disembunyikan, tidaklah diketahui.

Di Malaysia, saban tahu dan pada musim-musim tertentu, ada sesetengah tempat dibanjiri oleh pelancong dan penyelam Jepun, mereka kemudian hilang dan tidak kembali lagi, misteri.

Perisik-perisik luar negara dari kalangan Amerika Syarikat dan Inggeris masih lagi masuk secara senyap ke dalam negara, bukan maklumat pertahanan yang dicari, ada maklumat lain yang kita sendiri pun tidak tahu, apa yang mereka cari.

Walaupun saya tahu, tetapi macam dogengan untuk dikongsi.

Sumber : Le Maz

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive