JELI - Semua pemimpin dan anggota Umno di Kelantan perlu mengutamakan kepentingan parti dan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketika memberi peringatan itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan, mereka perlu menghindari unsur mensabotaj parti atau 'cah keting' jika tidak menjadi calon kerana tindakan itu boleh menjurus kepada kekalahan BN.
"Kita harus bersikap terbuka dan ketepikan kepentingan diri. Sesiapa sahaja yang diputuskan pucuk pimpinan parti sebagai calon, kita kena akur," katanya kepada selepas merasmikan perayaan Hari Guru Ke-41 Peringkat Negeri Kelantan.
Semalam, veteran Umno Kelantan yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yakin BN khususnya Umno mempunyai peluang baik untuk merampas kembali Kelantan daripada PAS dengan syarat unsur 'cah keting' yang menjadi amalan golongan yang kecewa, dibuang sepenuhnya.
Semalam, veteran Umno Kelantan yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yakin BN khususnya Umno mempunyai peluang baik untuk merampas kembali Kelantan daripada PAS dengan syarat unsur 'cah keting' yang menjadi amalan golongan yang kecewa, dibuang sepenuhnya.
Mustapa berkata setakat ini tiada keputusan muktamad berhubung calon tetapi pemimpin dan anggota Umno Kelantan perlu bersedia untuk memberi sepenuh sokongan kepada sesiapa yang dipilih pucuk pimpinan parti.
Beliau berkata, jasa dan pengorbanan guru adalah besar dan mereka terbukti mampu menggerakkan agenda pendidikan negara dengan berkesan sehingga kejayaan Malaysia menjadi contoh kepada negara lain. - Bernama
pT
Keghairahan UMNO nak kekalkan kuasa menjdikan hilang pertimbangan hingga tidak mampu membezakan yang hak dan yang batil.Tidak nampak keinsafan dalam tindak tanduk sesetengah pemimpin yang masih mengamalkan salahguna kuasa dan rasuah.
UMNO pada zaman Tun Hussein Onn tidak sama dengan UMNO sekarang, kerana pada zaman itu beliau amat tegas memastikan UMNO dan BN tidak dinodai gejala rasuah dan salahguna kuasa. Rata2 pemimpin pada waktu itu mementingkan rakyat dan segala tindak tanduk mereka adalah demi kesejahteraan dan faedah rakyat tanpa perlu diuja oleh slogan atau retorik yang kosong lagi mengelirukan.
Tidak kedengaran ketika itu pemimpin UMNO-BN sibuk kesana kemari memikirkan bagaimana untuk mendapatkan projek dan kontrak untuk diri dan kroni mereka. Pendek kata amalan rasuah adalah di tahap minima dan pastinya satu budaya di kalangan pemimpin dan ahli UMNO di zaman itu. Fikir-fikirkanlah!!!
No comments:
Post a Comment