Wednesday, 13 June 2012

HANYA SEORANG BLOGGER KECIL DI SUDUT DUNIA



Kepada pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini, saya tidak pernah memaksa atau melarang sesiapa untuk membuka, melayari dan membaca laman blog saya. Kalau dirasakan pandangan yang saya catatkan tidak sesuai dan mengganggu ketaksuban dan menjolok rasa sehingga pembaca bersikap emosional dan kurang waras, pada saya, lebih baik mereka jangan membuka blog saya. Itu lebih selamat daripada kita memendam rasa amarah yang teramatnya hanya kerana tulisan kemudian kita menjadi hilang kewarasan akal dan tidak stabil pertimbangan tindakan.

Jadilah kita manusia yang rasional, terbuka dan matang dalam menilai, membuat pilihan dan pertimbangan. Saya berpendapat semua blogger/penulis amat sedar siapa mereka. Mereka bukanlah orang yang boleh menentukan keputusan atau menghukum seseorang. Tulisan mereka hanyalah tulisan dan antaranya saya percaya adalah untuk memaklumkan sesuatu kerana mereka sayang kepada seseorang atau sesuatu.

Sama ada pandangan atau tulisan mereka itu diterima atau sebaliknya, itu terpulang kepada kebijaksanaan mereka yang hak dan berkaitan. Mereka (para blogger) tidak pernah, tidak wajar dan tidak layak pun untuk memastikan agar sesuatu yang ditulis itu mesti dipatuhi, diikuti, diterima atau ditolak dan dilayan.

Tetapi takkanlah kalau tidak bersependapat dalam sesuatu hal maka pautan blog seseorang blogger 'kecil' yang sekadar menulis untuk kepuasan diri telah dinyah dari blog yang HEBAT ,GAH dan TERSOHOR. Kenapa bersikap tidak profesional dalam soal yang remeh begini. Inikah sikap dan peribadi seorang blogger TERSOHOR?

Sekadar pandangan peribadi saya, blogger yang sangat baru dalam dunia blog ,tidak pandai untuk menyusun ayat-ayat yang indah apalagi hebat serta boleh menjadikan seseorang pembaca tertarik untuk mengikuti dan menjadi salah seorang peminat blog. Jauh sekali kalau hendak dibandingkan dengan blogger-blogger tersohor di Kelantan seperti Gelombang Kick, Kickdafella, Bicara Kelantan, ( sekadar menyebut beberapa nama). Bak kata orang 'saya budak baru belajar' dalam dunia penulisan blog.

Tidak terasa apa-apa pun, tidak ada rasa tersinggung dan tidak pula berasa hati atau apa-apa perasaan buruk yang lain. Cuma kadang-kadang kita kena rasional dalam membuat penilaian. Bukan maksud saya untuk mengajar, jauh sekali untuk menjatuhkan aib dan maruah seseorang. Siapalah saya, hanya seorang blogger kecil di sudut dunia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive