Saturday, 16 June 2012

DAA BETUL KE MAJORITI GURU KELANTAN SOKONG BN?

BACHOK - Majoriti lebih 30,000 guru di Kelantan kini menyokong Barisan Nasional (BN) yang menjadi penanda aras bahawa parti komponen itu mampu merampas tampuk pemerintahan Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum kelak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata golongan itu juga sanggup bekerja keras bagi memastikan BN kembali berkuasa.

"Mereka telah memberi keyakinan yang tinggi pada setiap program (Umno) yang diadakan sejak akhir-akhir ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Kesejahteraan Guru 1Malaysia di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini.

Lebih 1,000 guru yang berpakaian merah menyertai perhimpunan itu, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussin Awang dan Pegawai PPD Bachok Saufi Abdul majid.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata perspektif buruk sangka kaum guru terhadap kerajaan pusat kini sudah berubah apabila mereka benar-benar memahami dasar baru yang diperkenalkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata guru mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat dan mampu memperjelas dasar itu kepada penduduk dengan tepat supaya rakyat tidak mudah dipengaruhi pembangkang.

Sementara itu, Hussin ketika berucap berkata golongan guru tidak mempunyai sebab untuk tidak menyokong kerajaan sedia ada kerana kepentingan mereka sudah diambil kira, dan kesemua janji kepada mereka ditunaikan.

"Ini termasuk peluang kenaikan pangkat yang lebih luas dan tawaran gaji yang lebih lumayan berbanding sebelum ini," katanya. - Bernama

pT
PRU12 dulu beliau pernah berkata semua  guru-guru Kelantan  sokong umno, at last..Umno kalah teruk. Jangan terlalu yakin Datuk sebab mengikut kajian secara rambang di sekolah, ramai di kalangan guru-guru sekolah samada rendah atau menengah menyokong parti pembakang. Apa pun persediaan untuk menghadapi dan meraih sokongan dari guru harus giat bukannya hanya bijak bercakap tapi..kemenangan milik orang lain. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive