Saturday, 9 June 2012

'ARAB SPRING' TAK AKAN SINGGAH DI SINI - PM


KULIM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak teori yang mengatakan bahawa gelombang 'Arab Spring' akan berlaku di Malaysia kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah pemerintah yang kejam.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan tokoh Islam dunia, Sheikh Yusof Qardawi mengenai pemberontakan 'Arab Spring' hanya dimaksudkan untuk Libya dan Mesir di mana berlaku pergolakan politik di negara-negara berkenaan.

"Ia bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Malaysia atau Indonesia.

"Kita (Malaysia) bukanlah kerajaan yang kejam, malah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telahpun digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman.

"Sesiapa saja boleh mengadakan perhimpunan secara aman termasuk pembangkang tetapi ia tidak boleh melanggar undang-undang," katanya selepas merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini, Jumaat.

Kira-kira 30,000 orang menghadiri program tersebut.

Terdahulu, beliau bertemu penduduk tempatan selepas selesai menunaikan solat Jumaat di masjid Air Merah di sini. - mS


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive