Friday, 15 June 2012

AMBO MITAK SANGAK2 JANGELAH BUAK PRU MUSIM AJI - NIK AZIZ

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, haji bukan ibadat yang perlu disegerakan.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Rasulullah SAW sendiri menunaikan haji pada tahun ke 10 Hijrah meskipun wahyu wajib haji turun pada tahun keenam Hijrah lagi.

"Ini menandakan ibadat haji tidak mesti dibuat segera," katanya. Nik Aziz berkata, perkara itu yang membuat beliau berasa pelik terhadap sistem haji di negara ini.

"Apa yang pelik berlaku di tempat kita, apabila tersenarai nama di Tabung Haji, kena pergi selalu (segera). Nabi Muhammad sendiri tunai haji pada tahun ke-10," katanya.

Dalil itu, kata Nik Aziz menunjukkan Islam membenarkan penganutnya menangguhkan haji walaupun sudah tersenarai dalam kumpulan yang layak menunaikan ibadat tersebut.

Dalam pada itu, beliau tetap meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam.

"Isu ini tak akan berbangkit kalau Umno yang jadi kerajaan faham kepentingan orang Islam. Fahamlah sikit bagaimana susah orang nak pergi haji, baik Pas mahupun Umno. Bukan senang nak dapat peluang buat haji.

"Oleh itu, saya minta janganlah buat pilihan raya pada musim haji dan juga pada musim perayaan," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya pendiriannya mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan telah menasihatkan ahli parti itu supaya menangguhkan ibadat haji tahun ini jika pilihan raya diadakan pada musim haji.

Menurut Tuan Ibrahim, tujuan kenyataannya itu adalah supaya Perdana Menteri sendiri memberi jaminan pilihan raya tidak akan diadakan pada musim haji seperti yang berlaku pada 1985.

"Bila pilihan raya akan diadakan memang tiada siapa yang tahu. Adakah pada musim haji? Jawapannya, mungkin. Jika pada musim haji, wajar atau tidak? Jelas tidak. Ada jaminan untuk tidak ada pilihan raya pada musim haji? Jawapannya, tidak ada. "Sebab itu Pas mendesak Perdana Menteri jaminan, dan kita tekankan jika demi untuk menang Umno buat pilihan raya pada musim haji, mereka yang terlibat ini kita kita minta tangguh haji. Mereka ialah calon, wakil calon dan ejen parti sebab golongan ini dalam Pas, ramai yang sudah haji," katanya.

pT
Sebenarnya PAS bangkitkan isu PRU pada musim haji ini cuma hendak memerangkap PM untuk mengumunkan bila tarikh sebenar PRU13. Bukan pasal patut tangguh tunai haji atau tidak.....Pas sudah pening lalat bila tarikh sebenarnya PRU13 ini...susah mereka nak buat strategi memfitnah kerajaan dan menipu rakyat. Jangan risau PRU 13 tidak akan diadakan dalam musim haji, insya'Allah. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive