Wednesday, 20 June 2012

SKANDAL DINAR KELANTAN - AZIDI TAK TAKUT SAMAN HUSAM


KOTA BHARU - Pihak yang bertanggungjawab mendedahkan skandal mata wang dinar dan dirham dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) tidak takut disaman berhubung dakwaan itu kerana mereka mempunyai bukti kukuh.

Blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan, semua pendedahan yang dilakukan termasuk laporan polis terhadap individu tertentu sudah disahkan kebenarannya dan ia bukan sekadar tuduhan karut.

Syed Azidi berkata, pihaknya menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan satu persatu fakta berkaitan dengan skandal mata wang syariah terbabit berdasarkan maklumat serta bukti dimilikinya.

Sehubungan itu, Syed Azidi meminta supaya Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan kepada rakyat perkara sebenar lagipun beliau sudah mendedahkan nama individu berkaitan dan meminta exco negeri itu menjawab 10 soalan dimuatkan menerusi blognya.

“Kita mahu Husam bertanggungjawab dan bersikap telus dalam perkara terbabit kerana syarikat itu dikendalikan Kerajaan Negeri jadi, rakyat juga mempunyai hak untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Lagipun perkara ini tidak ada kaitan dengan serangan bersifat peribadi, pendedahan ini adalah untuk kebaikan rakyat dan bukannya disebabkan pilihan raya yang semakin dekat. Saya tidak takut kerana kami ada bukti,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Syed Azidi bersama beberapa NGO menggesa Kerajaan Kelantan supaya menggantungkan urus niaga dinar dan dirham sehingga siasatan polis selesai serta mencadangkan pengurusannya mengenainya perlu diserahkan kepada pihak Baitulmal untuk menyelianya berlandaskan syariah Islam sebenar.

Kelmarin, media melaporkan Polis Kelantan mengesahkan sedang menyiasat tiga laporan polis yang dibuat ke atas seorang pegawai kanan KGT iaitu syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersialnya, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, pihaknya menunggu laporan daripada Polis Kuala Lumpur sebelum tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive