Sunday, 24 June 2012

BIAR BETUL !!! USTAD ZIZAN LULUSKAN 4 PUSAT HIBURAN


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.

Azizan berkata semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.

"Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak," jelas Azizan.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu. - Bernama

pT
Buatlah apa pun Ustad Jijan, lagi pun 'Pas untuk semua' serta 'Pas serba boleh'. Dulu bukan main lagi mengata kerajaan BN menghalalkan pusat hiburan di Kedah. Sekarang apa sudah jadi ustad? Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive