Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Sunday, 13 July 2014

Kes Penculikan Di Sabah - Seorang Marin Terbunuh

Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi. Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom,telah mengorbankan seorang Anggota Polis yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi,pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran,bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang Anggota Polis maut dalam kejadian tersebut.

Menurut sumber,seorang anggota Polis turut diculik dalam kejadian tersebut.Pihak Berkuasa ESScom sedang melipatganda usaha mengesan kumpulan Pengganas Sulu tersebut yang dipercayai berada disekitar pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.

Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini sudah kembali tenang seperti biasa. - Sumber

Wednesday, 5 March 2014

My Watch Punyai Bukti Polis Berjawatan Tertinggi Terlibat Jenayah????



Betulkah kenaikan mendadak kadar jenayah di negara ini dipercayai berpunca daripada penglibatan sesetengah individu yang bergelar polis dalam kegiatan jenayah.Lihat video di bawah untuk mengetahui cerita sebenar....



Saturday, 12 October 2013

[FOTO] Kenapakah Puak2 PR Benci Sangat Dengan Mereka Ini???

Apabila melihat gambar diatas di muka depan Utusan Malaysia dua hari lepas meremang jugalah bulu roma saya. Meremang bukan sebab gatal....tapi sebab bangga bila melihat polis wanita berbangsa melayu dengan pakaian begitu dan siap pegang senjata lagi.


Bangganya tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata apabila melihat ada wanita melayu yang boleh sampai ke tahap itu. 


Inilah pasukan Ops Cantas Wanita yang ditubuhkan khas oleh Bukit Aman untuk memerangi penjenayah yang sering dibela oleh PKR dan DAP. - Sumber

PT
Latefah Koya tu hanya pandai cari publisiti.... Lawyer yang dah tak laku makanya jadi orang politik... Nasib baiklah dia takda sangkut adik beradik atau sedara ....syabas PDRM!!!

Friday, 4 October 2013

GEMPAR!!! Predator Buat Laporan Polis???


Gempar sebelum ini mengenai ‘Predator Malaysia’ yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya.

Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?

Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.

Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.

Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis?







Sumber

Wednesday, 25 September 2013

2 Lelaki Bersama Bahan Chin Peng Dibebaskan Dari Tahanan!!! #TF4MT @tunfaisal


GEORGE TOWN: Dua lelaki, seorang warga tempatan dipercayai bergelar Datuk Seri dan seorang rakyat Hong Kong yang ditahan di sini malam tadi kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng, dibebaskan awal pagi Rabu dengan jaminan polis.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Mohd Zain berkata, lelaki warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berumur 59 tahun itu dibebaskan selepas polis merekodkan keterangan mereka.

“Selepas merekodkan keterangan mereka, kita bebaskan dengan jaminan polis. Siasatan berhubung kes itu masih dijalankan jadi saya tidak boleh mengulas lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Malam Selasa, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasilpemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan komunis selain 11 cenderahati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar mendiang Chin Peng.

Kedua-dua lelaki itu tiba dengan penerbangan komersial dari Bangkok dan ditahan kira-kira 10.30 malam di balai ketibaan selepas 30 minit pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Chin Peng, 89, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok minggu lepas akibat sakit tua. - BERNAMA

Tuesday, 4 June 2013

Melissa Goi Betina Dap Hina YDP Agong Di Facebook Sudah Dicekup Polis!!!

Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya.


Suspek, seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan. Entri terdahulu lihat [SINI].

Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya.

SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi diraja Malaysia.

- BERNAMA

Monday, 20 May 2013

Black 505 : Rafizi Bertegas Perhimpunan Tetap Diteruskan Tanpa Hiraukan Amaran Zahid Hamidi !!!

Pakatan Rakyat menegaskan agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu campur tangan urusan profesional polis dalam menangani perhimpunan ajuran pembangkang di seluruh negara membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sebaliknya Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berkata, Ahmad Zahid sepatutnya memberi tumpuan kepada dakwaan penipuan proses pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya ingin nasihatkan agar Datuk Zahid jangan campur tangan urusan profesional polis. Polis tahu apa yang mereka buat dan biar mereka uruskan.

"Setakat ini kami sudah bekerjasama baik dengan pihak polis termasuk mematuhi arahan supaya menukar lokasi perhimpunan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ahmad Zahid yang dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Tegas Ahmad Zahid, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan BN.

Mohd Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR menegaskan bahawa pembangkang akan meneruskan perhimpunan yang dikenali sebagai 'Black 505' di Kedah, Terengganu dan Melaka minggu ini.

Sumber

Sunday, 19 May 2013

[ FOTO ] Dua Termasuk Anggota Polis Cedera Ditetak Di Balai Polis Labis


LABIS 18 Mei - Dua lelaki termasuk seorang yang dipercayai anggota polis cedera parah selepas diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang di Balai Polis Labis di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 40-an cedera di beberapa bahagian badan selepas diserang kumpulan lelaki berkenaan.Ketua Polis Daerah Segamat,

Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi berkata, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka dan isteri anggota polis tersebut yang menaiki sebuah kereta dipercayai ditahan seorang lelaki ketika memandu di Jalan Labis-Segamat, kira-kira dua kilometer dari Balai Polis Labis.Beliau berkata, sebaik sahaja mangsa keluar dari kereta, dia ditetak oleh seorang lelaki lain yang datang dari arah belakang.

"Melihat keadaan itu, rakan mangsa yang memandu kereta tersebut bertindak memecut kereta menuju ke Balai Polis Labis untuk mendapatkan perlindungan dan membuat laporan tentang kejadian itu.

"Namun, mereka telah diekori oleh lima lelaki yang menaiki sebuah kereta. Kumpulan itu kemudian bertindak menyerang rakan mangsa yang dipercayai anggota polis sebaik dia keluar dari kenderaan di kawasan balai.
Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditetak dengan parang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber

Tuesday, 26 March 2013

[VIDEO} Kisah Sendu Penderitaan Polis Di Lahad Datu



Semoga apa yang dipaparkan ini membuatkan masyarakat kita lebih menghargai segala jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara. Tanpa mereka, belum pasti kita mampu mengecapi keamanan dan kemakmuran sebagaimana sekarang.

Video di bawah memaparkan perjuangan pegawai & anggota PDRM di Lahad Datu, Sabah dan dipersembahkan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 di Pulapol Kuala Lumpur.

Saturday, 9 March 2013

#LahadDatu : Anggota Polis Belot,Bagi Maklumat Kepada Pengganas Sulu ???


Berita terkini, isu pencerobohan di Lahad Datu menjadi lebih runsing apabila perbagai kriktikan dan pandangan yang berbeza dari pelbagai individu.

Malah yang paling memeranjatkan lagi apabila penahanan seorang anggota polis yang terlibat membekalkan maklumat sulit kepada tentera sulu masih dinafikan oleh pihak PDRM.


Jawapan yang diberikan setakat ini adalah:

“Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian di Lahad Datu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan saudara tidak mudah mempercayai khabar yang tidak diketahui sumbernya. Terima kasih.”

Walau bagaimanapun, anggota polis yang dipercayai menjadi pengkhianat ialah Kpl/D Hasan Basri.

Menurut maklumat, musuh dalam selimut ini berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.


Atikel ini diambil dari blog KataKau2u.blogspot.com  Apapun diharapkan berita ini tidak benar.

Sunday, 4 November 2012

FOTO !!! 3 PERMINTAAN TERAKHIR DARI PENCULIK !!!



Aksi yang di rakam beberapa tahun yang lalu yang berakhir selepas satu rundingan diantara ketua perunding dan penculik kanak-kanak ...



"Saya ada 3 permintaan kalau tidak saya bunuh budak lelaki ni.."


Perunding melakukan rundingan dari bilik sebelah..


Ketua Perunding di hantar untuk berunding...


Rundingan bermula....


Rundingan selesai...


Berakhir sebuah drama penculikan yang di siarkan secara langsung 
oleh sebuah stesen televisyen...

Wednesday, 31 October 2012

AKIBAT CINTA RELA SERAH SEGALANYA ...


KUALA LUMPUR – Akibat cinta yang mendalam, lagi-lagi setelah dijanji bagi dijadikan isteri seorang wanita kerugian RM40,000 selepas diperdaya oleh teman lelaki baru dikenalinya dalam tempoh sebulan.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu, telah berkenalan dengan lelaki tersebut pada penghujung Julai lalu. Bermula Ogos sehingga September lalu, dia telah memohon 5 pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang berlesen bagi mendapatkan wang untuk diserahkan kepada teman lelakinya itu.

Menurut sumber polis, selain wang tunai, mangsa yang hanya bekerja di sebuah syarikat swasta juga turut menyerahkan beberapa barangan berharga termasuk sebuah motosikal kepada lelaki berusia 30-an terbabit.

“Setelah menerima wang serta pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek terus menghilangkan diri. Menyedari dirinya ditipu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu”

Menurut hasil soal siasat mangsa memberitahu suspek berjanji bagi mengahwininya menyebabkan dia percaya lelaki terbabit menyintainya.


Thursday, 25 October 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! BOS POLIS MAIN BINI KONSTABEL ???

Gambar Hiasan


Johor Bahru: Seorang pegawai kanan polis yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri anggotanya telah ditukar dari ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Menurut sumber, pegawai yang mempunyai pangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditukarkan sementara menanti tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadapnya dari Bukit Aman, lapor mStar Online.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Ismail Yatim, mengesahkan kes berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

Sebelum ini, akhbar The Star pada 16 Oktober lalu, melaporkan seorang anggota polis berpangkat konstabel membuat laporan polis di Melaka terhadap pegawai atasannya kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Bagi mengukuhkan dakwaan tersebut apabila beliau telah mengekori isterinya pada 13 Oktober lalu di sebuah resort di Ayer Keroh dan mangsa mengaku menemui pegawai polis tersebut.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan dakwaan beliau tidur dengan lelaki berkenaan.

Konstabel itu kemudiannya membuat laporan polis di Johor BahRu beberapa bulan lalu terhadap pegawai polis yang sama atas alasan serupa.


Sumber

Thursday, 26 July 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! CIKGU ROGOL GURU


SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

"Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Noor Mushar, disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.

"Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.

Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.

"Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. - sH

Thursday, 5 July 2012

MOTIF SEBENAR TEATER 'BENG HOCK'

Polis menyiasat satu produksi teater bertajuk 'Beng Hock' - yang menceritakan kematian tragik setiausaha politik Teoh Beng Hock - yang dijadualkan dipersembahkan hujung minggu ini.

Faisal Mustaffa- produser teater tersebut - berkata beliau menerima panggilan dari pihak polis pada hari Selasa meminta beliau hadir di balai polis Jinjang.

Beliau berkata, ia tidak nampak seperti siasatan rasmi kerana kenyataannya tidak direkodkan secara bertulis semasa pertemuannya dengan pihak polis. Beliau, antara lain, diminta menyerahkan sinopsis teater tersebut.

Faisal, yang mengendalikan Rumah Anak Teater (RAT), berkata beliau tidak menjangka pihak berkuasa akan menghalang persembahan teater tersebut.

"Produksi tersebut tidak memerlukan permit dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana kita tidak mengenakan bayaran tiket.

Faisal berkata pihak berkuasa, yang boleh datang menontonnya sendiri, tidak perlu cemas tentang teater itu kerana ia tidak bersifat politik.

Katanya, teater itu akan memaparkan misteri yang menyelubungi kematian Teoh dan untuk mewujudkan kesedaran awam bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.

Sunday, 24 June 2012

BIAR BETUL !!! USTAD ZIZAN LULUSKAN 4 PUSAT HIBURAN


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.

Azizan berkata semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.

"Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak," jelas Azizan.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu. - Bernama

pT
Buatlah apa pun Ustad Jijan, lagi pun 'Pas untuk semua' serta 'Pas serba boleh'. Dulu bukan main lagi mengata kerajaan BN menghalalkan pusat hiburan di Kedah. Sekarang apa sudah jadi ustad? Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BIAR BETUL !!! SISWA UM DITAHAN POLIS TANPA SEBAB?


Seorang siswa Universiti Malaysia ditahan untuk siatatan polis hari ini sebelum satu program dialog antara pelajar dan perdana menteri diadakan di kampus tersebut.

Koh Cher Hao, seorang siswa jurusan sains sukan, didekati polis berpakaian preman ketika berada di dalam Dewan Tunku Canselor.

Kataya, polis tersebut menunjukkan kad kuasa mereka dan kemudian meminta beliau mengikuti mereka keluar.

Apabila keluar daripada dewan tersebut, pelajar itu bertanya kepada polis berkenaan sama ada beliau ditahan dan polis berkata beliau akan tahu apabila tiba di balai polis, katanya.

Koh dibawa ke balai polis Pantai di mana beliau disiasatan mengikut Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah.

MP Serdang Teo Nie Ching yang bergegas ke balai polis untuk memberi bantuan guaman mengutuk tindakan polis atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.

“Kesalahan boleh tangkap termasuk pembunuhan, culik, rogol, kecurian atau pecah rumah. Apabila saya tanya polis, apakah kessalah boleh tangkap di sini, mereka tidak boleh jawab.

- Bernama

pT
Ini mesti salahkan UMNO ..tak percaya tunggu la kenyataan dari PR esok. Apu pun masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Friday, 4 May 2012

BERSIH - 42 DIBURU POLIS!!!


KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti 42 orang awam termasuk dua wanita yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh pada perhimpunan Duduk Bantah, Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata, gambar itu telah dirakam oleh polis dan media pada perhimpunan itu.

Menurutnya, polis turut mendedahkan rakaman gambar yang didakwa sepasukan polis mengasari orang awam serta wartawan semasa perhimpunan itu.

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian diharap tampil memberikan kerjasama serta bukti untuk keterangan mereka direkodkan oleh pegawai penyiasat,” katanya.
“Rempuhan itu menunjukkan peserta perhimpunan berhasrat menuju ke Dataran Merdeka yang dikawal oleh polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan, hari ini.

Sebelum ini, polis menyiarkan 49 gambar orang awam termasuk seorang wanita, dan sehingga semalam hanya seorang yang telah tampil untuk membantu siasatan.

Lelaki berkenaan berumur 39 tahun datang sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 3 petang semalam.

Sementara itu, seorang siswa berumur 22 tahun berjanji akan serah diri bersama peguamnya esok. Diharap lebih ramai lagi tampil memberikan kerjasama. Individu berkenaan boleh hubungi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Asisten Superintenden Azmi Aziz di talian 019-2602344 atau 019-3872344.













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive