Wednesday 31 October 2012

AKIBAT CINTA RELA SERAH SEGALANYA ...


KUALA LUMPUR – Akibat cinta yang mendalam, lagi-lagi setelah dijanji bagi dijadikan isteri seorang wanita kerugian RM40,000 selepas diperdaya oleh teman lelaki baru dikenalinya dalam tempoh sebulan.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu, telah berkenalan dengan lelaki tersebut pada penghujung Julai lalu. Bermula Ogos sehingga September lalu, dia telah memohon 5 pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang berlesen bagi mendapatkan wang untuk diserahkan kepada teman lelakinya itu.

Menurut sumber polis, selain wang tunai, mangsa yang hanya bekerja di sebuah syarikat swasta juga turut menyerahkan beberapa barangan berharga termasuk sebuah motosikal kepada lelaki berusia 30-an terbabit.

“Setelah menerima wang serta pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek terus menghilangkan diri. Menyedari dirinya ditipu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu”

Menurut hasil soal siasat mangsa memberitahu suspek berjanji bagi mengahwininya menyebabkan dia percaya lelaki terbabit menyintainya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive