KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyahut seruan Mohammad Sabu (Timbalan Presiden PAS) untuk menggerakkan anak muda meramaikan perhimpunan yang dirancang oleh perikatan Pakatan Rakyat (PR) pada 3 November ini bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Difahamkan, sekali lagi perhimpunan yang dirancang PR ini diadakan bagi menuntut Pilihanraya bersih dan adil kerana usaha dalam BERSIH 3.0 lepas masih gagal dilaksana sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Pemuda PAS bersama komponen Pemuda Pakatan Rakyat lainnya yakin mampu sekali lagi menarik ramai anak muda untuk turun bersama-sama bagi menyemarakkan dan menyuarakan hak yang dituntut tersebut.
“Walaupun usaha Barisan Nasional cuba ‘menutup mulut’ anak muda dengan perbentangan pelbagai insentif dalam intipati Bajet 2013 yang lalu, namun saya percaya ianya bukan sebagai kayu ukur bahawa anak muda sudah ‘dibeli’ dengan kebendaan semata-mata,” katanya kepada keada wartawan wakil Harakah hari ini.
Beliau yang juga adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, Pemuda PAS juga berkeyakinan serta berharap 50% bagi sasaran jumlah himpunan tersebut akan disemarakkan oleh anak muda yang telah bersama menjayakan tuntutanBERSIH 3.0 sebelumnya.
“Jika dahulu Perhimpunan Bersih 3.0, kini kami Pemuda PAS yang sudah pun memanaskan gerakan himpunan-himpunan besar yang bermula dengan ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ di Alor Setar, Kedah atas nama ‘Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya’ dan terus bergerak di seluruh negara serta program seumpamanya.
“Kami yakin momentum dan tenaga anak muda yang bersama Pemuda PAS, kali ini juga pasti mereka bersedia untuk turun di dalam himpunan besar tersebut,” jelasnya.
Tambah Raja Ahmad lagi, pihaknya juga optimis, komponen Pemuda parti komponen turut bersedia bagi menyahut arahan pimpinan bagi merealisasikan tuntutan BERSIH
3.0. - 4blogger
No comments:
Post a Comment