Saturday 13 October 2012

KEKALKAN PERMAINAN TERBAIK PASTI KELANTAN JULANG PIALA MALAYSIA - BOJAN HODAK


JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak yakin pasukannya akan menjulang Piala Malaysia edisi 2012 dengan mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final, 20 Oktober ini.

Kejayaan Kelantan menewaskan Selangor 3-0 secara agregat malam tadi, sekali gus melayakkan pasukan dari pantai timur itu ke pentas akhir.

"Secara statistik, kami merupakan pasukan yang terbaik dan di bahagian pertahanan masih boleh ditingkatkan untuk aksi final nanti.

"Saya berpuas hati dengan persembahan para pemain dan ini merupakan corak permainan yang terbaik," kata Bojan.

Berikutan dua pemain Kelantan yang tidak akan beraksi di pentas akhir kerana dilayangkan kad kuning iaitu Mohd Norfarhan dan Mohamed Mahmoud Ghaddar, ia dilihat akan menjadi satu masalah besar.

"Dua pemain kami Norfarhan dan Ghaddar tidak akan beraksi di final nanti, akan menjadi satu masalah besar. Kedua-dua pemain ini mempunyai kualiti permainan yang bagus di mana mereka sering menjaringkan gol untuk pasukan.

"Matlamat kami untuk menang dan saya yakin kami mampu untuk melakukannya walaupun ketiadaan dua tunjang utama pasukan," katanya lagi.

Bojan turut memuji kecekapan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali dalam aksi penentuan ke saingan akhir malam tadi.

"Selangor mempunyai seorang penjaga gol yang bagus. Jika kita lihat, dia berjaya menyelamatkan lebih tiga kali serangan dari Kelantan, yang saya fikir kami boleh menjaringkan gol," jelasnya.

Bojan perlu menyusun strategi yang mantap untuk menentang ATM, yang merupakan juara Liga Perdana.

PT
Satu pesanan untuk penyokong pembangkang yang akan mengunjungi Stadium Shah Alam pada final nanti...tolong jangan buat 'lawak bengong' dengan membawa sepanduk dan bendera parti. Jangan kita dicop 'bangang' tidak bertempat oleh orang lain di atas kebodohan kita sendiri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive