Wednesday, 10 October 2012

"BERI PELUANG KEPADA PAS PIMPIN NEGARA!!! KARPAL SINGH RESTU KE ???



SETIU: Rakyat perlu memberi peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 akan datang bagi menunjukkan model sebuah pemerintahan kerajaan yang adil berlandaskan Islam.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, berilah peluang kepada PAS memimpin negara bersama Pakatan Rakyat agar boleh menunjukkan model sebuah kerajaan Islam sebenar.

Katanya, konsep Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan PAS terdapat dalam dokumen Buku Jingga Pakatan Rakyat.

PT
Susah hendak membetulkan seseorang kalau dah dipengaruhi sentimen politik kepartian,politik & agama dua perkara berjalan seiring; dalam politik ada Islam,tapi dalam Islam politik hanya dengan Allah, bukan dicampur-aduk dengan kepartian. Kesian kepada Hj Hadi meminta-minta agar memberi peluang kepada Pas untuk menjadi ketua untuk memerintah Malaysia. Layakkah pemimpin Pas untuk mengetuai negara atau sekadar pak turut seperti sekarang ??? Semoga kita semua beroleh hidayah dari Nya.

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive