Tuesday 9 October 2012

FOTO !!! KEHEBATAN HANEZ SURAYA DI PELUK MANJA DALAM DAKAPAN JANTAN2 YANG DAHAGA ???




KUALA LUMPUR – Satu gambar yang memperlihatkan pelakon wanita, Hanez Suraya berpelukan bersama ramai lelaki tersebar meluas di ruang internet ketika ini.
Gambai itu jelas menunjukkan Hanez sedang berseronok di kelab hiburan sambil memeluk lelaki.
Bagaimanapun, Hanez menerangkan gambar yang tersebar itu adalah gambar lama iaitu lima tahun yang lalu.






Untuk tidak mahu membuatkan ramai pihak salah faham mengenai dirinya, Hanez menerangkan semua lelaki itu adalah teman-teman rapatnya.

Malah, dia yang sekarang ini juga sudah tidak berperangai seperti dalam gambar itu.
“Itu semua gambar lama. Kalau tidak silap saya, gambar tersebut telah dirakamkan 5 tahun yang lalu. Semua lelaki yang ada dalam gambar itu adalah kawan lelaki saya yang rapat dengan saya.

“Ada juga antara mereka adalah teman lelaki kepada kawan baik saya. Saya memang mengaku dipeluk lelaki itu. Namun, itu semua zaman dulu saya waktu buat silap. Sekarang saya sudah bersih dan tidak lagi sebegitu.

“Antara banyak-banyak lelaki itu, tiada seorang pun yang pernah menjadi boyfriend saya. Gambar itu memang dirakamkan di Malaysia. Masa gambar ini tersebar pun saya sudah tidak lagi sebegitu,” kata Hanez yang dipetik dari portal Murai.com.

Kata Hanez, gambar-gambar yang tersebar adalah bukan milik peribadinya.

Dia juga berpendapat penyebaran gambar-gambar kontroversi itu bertujuan untuk menjatuhkan kerjayanya yang kian meningkat naik.

Hanez mengakui gambar itu menyebabkan dirinya tertekan tetapi tidak lagi kini kerana dia berjaya mengatai tekanan itu kerana memikirkan kontroversi yang timbul adalah lumrah hidup sebagai pelakon.

“Kebanyakan gambar itu bukan milik saya. Mungkin ada pihak tertentu yang sengaja siarkan gambar itu kerana mereka dengki. Alhamdulillah, saya dah boleh kawal perasaan saya dengan cerita kontroversi mengenai gambar ini.

“Sebelum ini, saya ada sedikit tertekan. Sekarang ini pun, saya hanya ada rasa terkejut kerana gambar-gambar tersebut masih terus disebarkan dan dikemaskini seolah-olahnya ianya adalah gambar terbaru saya,” katanya.


Sumber : murai.com

PT
Kehebatan artis Malaysia akhir-akhir ini semakin terserlah dalam segala hal. Terbaru tersebarnya video dan foto-foto artis dalam keadaan yang sungguh memalukan sebagai seorang yang beragama Islam. Tapi apa nak di hairankan bila ditanya mereka dengan tiada rasa bersalah mengatakan bahawa itu gambar lama semasa belum terkenal. Sekarang mereka sudah berubah!!! 

Rupa-rupanya perangai sesetengah artis ni saling tak tumpah dengan perangai sesetengah pemimpin pembangkang. Apa tidaknya bila terpapar gambar terampau yang melibatkan pemimpin mereka dengfan betina dalam keadaan terlampau, cepat-cepat keluar kenyataan itu bukan ahli parti mereka...


Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive