Sunday 7 October 2012

PAS TERPAKSA TERIMA SENARAI KABINET BAYANGAN PR ???




BESUT - Pas hari ini menafikan senarai Kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang disiarkan Utusan Malaysia dan sebuah blog baru-baru ini.

Ketika menafikan demikian, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, senarai itu sengaja direka akhbar atau blog berkenaan dengan niat meruntuhkan persefahaman parti itu dengan PKR dan DAP.

"Tak boleh, PKR atau Pakatan Rakyat tak pernah buat senarai Kabinet bayangan. Takkan sama apa yang orang itu fikir dengan apa kita fikir.

"Perancangan (susunan Kabinet) ada tapi kita tak boleh bagi tau lagi sekarang, tunggu lepas kita menang pilihan raya umum kita umum," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno disempurnakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jabi di sini.

Perhimpunan dua hari itu bermula semalam.

Turut hadir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama lebih 10,000 orang ramai.

Isnin lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet bayangan hanya sesuai diamalkan di United Kingdom dan Australia, bukan di Malaysia. - Bernama


PT
Pas memang dari mula join Pakatan telah ditipu hidup2 oleh PKR dan DAP. Pemimpin Pas bukannya bijak sangat dalam tipu menipu dan kencing sesama sendiri ini. Tapi apapun kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi dengan pakatan mereka ini. Sudah nampak keretakan dalam pemuafakatan mereka. Tidur mereka memang sebantal tetapi mimpi mereka lain2...

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive