Add caption |
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau akan bersara setelah 22 tahun memegang jawatan tersebut.
“Syukur saya sihat dan masih boleh berkhidmat dan kita hanya perlukan akal yang bijak dan tajam untuk melakukan sesuatu perkara, bukan sahaja tubuh badan yang sihat.
“Badan sihat dan pemikiran yang tajam dan matang perlu untuk semua ini demi memartabatkan slogan negeri ini 'Membangun Bersama Islam'.
"Kami selalu berbincang pelbagai cara untuk memartabatkan slogan ini selaras dengan tindakannya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.
Mursyidul Am Pas itu turut menegaskan, beliau masih lagi mampu untuk menerajui pucuk kepimpinan Pas dalam usaha menyatupadukan umat Islam.
"Saya bersedia untuk Pilihan Raya Umum akan datang kerana saya yakin Pas mempunyai kekuatan yang sendiri dan saya akan berundur bila tiba masanya nanti," katanya.
Nik Aziz berkata, isu kesihatan beliau bukanlah satu perkara yang perlu diketengahkan kerana apa yang penting adalah kekuatan minda dan fikiran untuk berjuang.
Beliau berkata, Islam secara asasnya menggalakkan budaya kreatif dan inovasi di kalangan umatnya dan perkara itulah yang perlu diketengahkan pada zaman sekarang.
"Hasil inovasi dan kreativiti ini nanti diharap dapat memberikan pulangan yang bermutu untuk perkhidmatan awam khususnya dan seluruh rakyat Kelantan amnya," katanya.
PT
Kalau nik aziz cakap lagu tu aku tak da komen dah , nampaknya tak merasalah orang lain nak jadi MB , INGATLAH KATA ORG TUA2 MAKAN SEBELUM KENYANG, berundurlah selagi orang masih menyayangi kita sebelum kita diundurkan dengan kebencian,..berpeganglah pada janji , dulu kata bila mahadir bersara maka saya akan ikut bersara kata nik azis , rupa2nya nik aziz pun hanya reti berjanji tapi tunai jangan harap la.....IKUT DEMO LA TOK GURU WEH....DEMO PEGANGLAH JAWATAN SAMPAI BILA-BILA....
No comments:
Post a Comment