Monday 22 October 2012

BIAR BETUL !!! JACLYN VICTOR SEBAR KRISTIAN MELALUI LAGU HARAPAN BANGSA ???



Penyanyi Jaclyn Victor,33 , menganggap lagu Harapan Bangsa yang dinyanyikannya sebagai salah satu bentuk sumbangan serta tanggungjawab buat agamanya iaitu Kristian.

“Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penganut Kristian dengan menyanyikan lagu tersebut kepada orang Kristian di Sabah dan juga Sarawak. Kebanyakan mereka di 2 negeri itu lebih faham Bahasa Malaysia.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama, isu ini tidak seharusnya dipertikaikan”

Menerusi portal akhbar tempatan pada Jumaat melaporkan, Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta kementerian berkaitan menyiasat lagu Harapan Bangsa yang mungkin menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga turut mendakwa Jac telah menghina Islam gara-gara menyanyikan lagu yang mengandungi konotasi agama yang berkaitan dengan agama Kristian.

Lagu berkenaan telah menjadi kontroversi setelah dimuat naik menerusi YouTube bermula Januari lalu.

Tambah Jaclyn lagi, dia tidak melakukan sebarang kesalahan kerana lagu tersebut bukan dihasilkan bagi tujuan komersial.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim memberi pendapat perbuatan Jac bukanlah satu kesalahan bagi dia menyanyikan lagu agama yang dianutinya walaupun dalam apa juga bahasa sekalipun.


“Saya rasa perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan serta andai kata memang benar masyarakat beragama lain terasa, janganlah berfikiran terlalu sensitif.

“Jika ia dapat memesongkan akidah penganut agama lain hanya kerana nyanyiannya dalam Bahasa Melayu, keadaan tetap akan sama sekiranya lagu itu dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris kerana masyarakat negara ini tetap akan faham maksudnya.

“Mungkin pihak Perkasa punya perjuangannya yang tersendiri, Namun saya berharap isu ini tidak perlulah diperbesarkan kerana di Malaysia, kita mempunyai pelbagai kaum dan agama. Semua pihak bebas bagi menunaikan tanggungjawab terhadap agama yang dianuti” 


Norman juga berharap isu yang remeh seperti itu tidak perlu untuk dikontroversikan kerana ia boleh memecah belah kaum di negara Malaysia dan banyak lagi perkara lain yang boleh dibangkitkan.

Sumber : 4blogger

2 comments:

  1. Thanks for understanding Norman Abdul Halim!

    ReplyDelete
  2. Norman, tolong beritahu Perkasa bahawa "isu yang remeh seperti itu tidak perlu untuk dikontroversikan kerana ia boleh memecah belah kaum di negara Malaysia dan banyak lagi perkara lain yang boleh dibangkitkan"

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive