Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

Monday, 22 October 2012

BIAR BETUL !!! JACLYN VICTOR SEBAR KRISTIAN MELALUI LAGU HARAPAN BANGSA ???



Penyanyi Jaclyn Victor,33 , menganggap lagu Harapan Bangsa yang dinyanyikannya sebagai salah satu bentuk sumbangan serta tanggungjawab buat agamanya iaitu Kristian.

“Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penganut Kristian dengan menyanyikan lagu tersebut kepada orang Kristian di Sabah dan juga Sarawak. Kebanyakan mereka di 2 negeri itu lebih faham Bahasa Malaysia.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama, isu ini tidak seharusnya dipertikaikan”

Menerusi portal akhbar tempatan pada Jumaat melaporkan, Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta kementerian berkaitan menyiasat lagu Harapan Bangsa yang mungkin menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga turut mendakwa Jac telah menghina Islam gara-gara menyanyikan lagu yang mengandungi konotasi agama yang berkaitan dengan agama Kristian.

Lagu berkenaan telah menjadi kontroversi setelah dimuat naik menerusi YouTube bermula Januari lalu.

Tambah Jaclyn lagi, dia tidak melakukan sebarang kesalahan kerana lagu tersebut bukan dihasilkan bagi tujuan komersial.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim memberi pendapat perbuatan Jac bukanlah satu kesalahan bagi dia menyanyikan lagu agama yang dianutinya walaupun dalam apa juga bahasa sekalipun.


“Saya rasa perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan serta andai kata memang benar masyarakat beragama lain terasa, janganlah berfikiran terlalu sensitif.

“Jika ia dapat memesongkan akidah penganut agama lain hanya kerana nyanyiannya dalam Bahasa Melayu, keadaan tetap akan sama sekiranya lagu itu dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris kerana masyarakat negara ini tetap akan faham maksudnya.

“Mungkin pihak Perkasa punya perjuangannya yang tersendiri, Namun saya berharap isu ini tidak perlulah diperbesarkan kerana di Malaysia, kita mempunyai pelbagai kaum dan agama. Semua pihak bebas bagi menunaikan tanggungjawab terhadap agama yang dianuti” 


Norman juga berharap isu yang remeh seperti itu tidak perlu untuk dikontroversikan kerana ia boleh memecah belah kaum di negara Malaysia dan banyak lagi perkara lain yang boleh dibangkitkan.

Sumber : 4blogger

Monday, 30 July 2012

TEMA HARI KEBANGSAAN ISU REMEH - ZULKIFLI NORDIN PERKASA



Tema hari kemerdekaan ''Janji Ditepati'' merupakan sebuah tema yang bersifat universal, kata Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin.

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu berkata, beliau merasakan pemilihan slogan hari kebangsaan dan mana-mana perayaan merupakan hak kerajaan yang memerintah.

"Pada saya slogan perayaan dan lain-lain hak kerajaan yang memerintah. Jadi saya tak nampak persoalan apa slogan yang patut diletakkan kerana ini kerajaan yang sedang memerintah dan kerajaan ini nak tunjuk pada rakyat bukan sekadar pandai tabur janji tetapi pandai laksana dan tepati janji mereka.

"Apa masalah besar untuk kita bahaskan? Bagi saya isu ini isu remeh sahaja. Tidaklah besar sangat sampai boleh gugatkan negara.

"Saya rasa menunaikan janji itu mempunyai nilai universal," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi

Selain itu, Zulkifli menambah, beliau merasakan tiada kesalahan bagi kerajaan untuk menggunakan slogan tersebut.

"Saya tak nampak salahnya jika kerajaan kata mereka akan tunaikan janjinya.

"Mungkin slogan itu sangat ditakuti oleh orang yang selalu mungkir janji.

"Lagi-lagi orang yang membohongi rakyat yang janji dimungkiri sampai hari ini tak dibuat," katanya lagi.

PT
Janji ditepati tu tema untuk parti..buat pertandingan untuk pilih tema hari kebangsaan. Menteri yang berkaitan jangan tunjuk sangat kebodohan, budak sekolah pun meluat..pelajar IPT muntah terus dengan tema tu.....rakyat belum tentu lagi !!!

Saturday, 28 July 2012

VIDEO !!! PERSAMAAN YANG KETARA ANTARA LAGU RAIS & KEVIN PRANOTO ???


Cuba dengar dan adakah lagu di bawah ada persamaan??? Apa sebenarnya yang telah Rais Yatim lakukan dengan lagu ini ????



IFGF Central Thanksgiving Retreat Worship led by Kevin Pranoto 


Lagu Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) by Rais Yatim

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive