Showing posts with label Rais yatim. Show all posts
Showing posts with label Rais yatim. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Rais! Hang Jaga UIA Elok2 - Shahidan Kassim


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim membuat tweet yang ditujukan kepada Presiden baru UIA Rais Yatim.


“Saya berada diparlimen sepanjang hari..saya catat prestasi bahas..saya pling lyak komen..bukan rais.”

“Saya berpuas hati dgn perbahasan diparlimen…bn mps best…rais tak perlu komen melampau..jaga uia.”


Melihat kepada akaun Twitter Rais Yatim, ini di antara tweet beliau…

“Ramai yg buat macm2 syor tntg masa depan umno dn BN. Yg terpenting buat syor Melayu Bersatu dulu. Bila Melayu satu yg lain ikut.”

“Sidang DRakyat kali ini akan penuh konflik retorik. Semoga AP kita berbudaya bina negarabangsa lebih dari bertelingkah.”

“Perkembangan kini menampakkan kebebasan berkomunikasi dlm demokrasi sdah dijadikan senjata makan tuan.”

“Nmpaknya dunia ahli dewan rakyat sudah bermula dgn amalan budaya kasar-garang. Apa yg dapat kita pelajari dari gelagat mereka?”

PT
Nampaknya Si Rais terlupa yang beliau bukan menteri lagi ...Rais tak payahlah nak ganggu kerja orang lain..betul seperti saranan Shahidan, hang jaga UIA sudahlah....

Wednesday, 8 August 2012

JALUR GEMILANG JALUR MALANG - NIZAR PUTAR ALAM ???



KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar)menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.

Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.

Nizar berkata pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiringkan bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.

"Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara. Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman yang diterima beliau ekoran tweet beliau berkenaan Jalur Gemilang dan kemerdekaan.

Isnin lalu, Nizar dlam tweetnya menulis "Janji ditepati: malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!".

Mengulas lanjut, Nizar berkata apa yang dimaksudkan beliau ialah Jalur Gemilang itu yang malang, bukannya menukarkan nama Jalur Gemilang kepada Jalur Malang.

"Saya katakan malang perayaan merdeka kali ini dibuat BN keraa slogan politik mereka, hingga menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang luntur. Malanglah Jalur Gemilang bila tidak dikibarkan. Jalur Gemilang itu yang malang," jelas beliau lagi.

Mengakui penggunaan ayat di laman maya, khususnya laman sosial boleh menimbulkan pelbagai pemahaman yang berbeza, Nizar bagaimanapun berkata ramai yang mengecam tweet beliau itu menunjukkan betapa tidak fahamnya mereka terhadap patriotisme.

"Ramai di kalangan yang mengecam saya tidak faham tentang semangat patriotisme. Sebaliknya, hanya menunjukkan tahap patriotisme yang dididik Umno selama 54 tahun ini," tegas beliau. - Sumber

PT

Nizar memang bernasib malang sehingga kini.....Dimana semangat patriotik dan semangat kenegaraan dari pemimpin PAS? Inikah sifat pemimpin yang bakal memerintah Malaysia? Kecewa dengan tema kemerdekaan,jalur gemilang dikritik dan dihina.

Jika seorang pemimpin tidak mempunyai semangat patriotik dan semangat kenegaraan, dia tidak layak untuk menjadi pemimpin di bumi Malaysia ini.

Untuk mengkritik atau mengeluarkan kenyataan, seseorang pemimpin perlu berfikir panjang menilai baik buruk sesuatu perkara. Hal ini kerana, setia perkataan yang keluar dari mulut pemimin akan menjadi perhatian rakyat dan akan menjadi ikutan rakyat.

Saturday, 4 August 2012

Lagu Merdeka !!! Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib - Datuk Hashim Suboh.





Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.

“Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.

“Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka.

“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.

“Beliau telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib,” kata beliau hari ini.

Menurut Hashim, tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan semangat kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga yang merdeka.

Bagaimanapun, Katanya, kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi hambar.

“Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak memahaminya.

“Menteri-menteri kabinet juga perlu tranformasi tetapi berlainan sekali dengan yang ini. Beliau tidak memahami tranformasi,” tambah Hashim lagi.

Friday, 3 August 2012

PAKCIK RAIS TAK MENGAKU LAGU 'JANJI DITEPATI ' DICIPLAK !!!




Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menafikan dakwaan lagu kemerdekaan bertemakan "Janji Ditepati" tahun ini menciplak lagu gereja daripada Indonesia.

"Kami menyangkal dakwaan penulis blog dan akan melibat tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya dia gagal mempertahankan dakwaannya," Rais dipetik sebagai berkata kepada New Straits Times hari ini. 

Menurut harian itu, penulis blog yang beroperasi daripada Indonesia pada Isnin mendakwa penggubah lagu itu menciplak lagu pancaragam gereja True Worshippers berjudul "Serukan Namanya".

Rais yang juga penulis lirik "Janji Ditepati" menyalahkan pembangkang yang didakwa mengambil kesempatan atas tuduhan itu.

"Mereka tampil untuk mendapatkan publisiti murah dan gelojoh melalui dakwaan itu," katanya lagi.

Penggubah lagu "Janji Ditepati" Jasnie Mohd Yaakub juga semalam dilaporkan menafikan dakwaan sama.

Thursday, 2 August 2012

VIDEO !!! PAKCIK RAIS NAK TUNJUK KREATIF TENTANG LOGO HARI KEMERDEKAAN



Cakaplah terus terang tak pandai pilih logo. Mula2 pilih logo yang entah apa2 

 lepas tu tukar tiap2 minggu pulak. 

Tuesday, 31 July 2012

LAGU JANJI DITEPATI SUDAH MEMECAHKAN REKOD !!!


Setakat jam 8.50 am 31/7/2012 sudah 19,290 yang DISLIKE video RAIS YATIM !!! Kemungkinan pecah rekod ni..

Komen dari You Tube....

PT
Kali pertama dalam hidup, aku mendengar sebuah lagu yang KONONNYA sebuah lagu tema Hari Kebangsaan yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Yang peliknya para menteri hanya mengambil sikap berdiam diri. Takkan la rakyat jelata riuh rendah seluruh MALAYA, para menteri diam seribu bahasa!!!!

Monday, 30 July 2012

KESILAPAN RAIS YATIM DIPENGHUJUNG KARIERNYA




Like Page Facebook yang menentangnya saja sudah
melebihi 8,000 rakyat Malaysia (
https://www.facebook.com/pages )

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dipenghujung kariernya membuat satu kesilapan yang serius disaat Perdana Menteri dan Menteri Kabinet lain memberi fokus terhadap PRU 13 yang akan datang.

Rais Yatim tidak peka terhadap hari yang amat penting yang bakal disambut oleh seluruh rakyat Malaysia saban tahun, HARI MERDEKA. Kenapa  melabelkan Rais tidak peka adalah kerana setiap tahun, Kementerian Penerangan akan menganjurkan Pertandingan atau Peraduan Mencipta Logo dengan hadiah yang agak lumayan. Kenapa kali ini Rais didapati cuba menonjolkan kelainan yang akhirnya memakan diri.

Kerajaan wajar peka terhadap pandangan rakyat kerana masih ramai rakyat yang masih hidup seusia dengan perjalanan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Kiranya teguran datang dari pihak pembangkang ianya boleh dianggap mainan politik pembangkang tapi kritikan keras juga datang dari pihak parti yang bersama kerajaan.

Mengalah bukan kalah, undur bukan mundur. Ianya hanya mengambil langkah baru yang lebih berjaya. Adalah tidak munasabah Rais cuba mencari populariti tapi tindakan beliau dilihat seolah tidak matang sebagai seorang Menteri Senior yang begitu memperhalusi setiap tindak tanduknya selama ini.

Harap, Rais Yatim fikir dengan serius perkara ini, kita, Malaysia menuju Negara Maju yang penduduknya sudah celik IT.

TEMA HARI KEBANGSAAN ISU REMEH - ZULKIFLI NORDIN PERKASA



Tema hari kemerdekaan ''Janji Ditepati'' merupakan sebuah tema yang bersifat universal, kata Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin.

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu berkata, beliau merasakan pemilihan slogan hari kebangsaan dan mana-mana perayaan merupakan hak kerajaan yang memerintah.

"Pada saya slogan perayaan dan lain-lain hak kerajaan yang memerintah. Jadi saya tak nampak persoalan apa slogan yang patut diletakkan kerana ini kerajaan yang sedang memerintah dan kerajaan ini nak tunjuk pada rakyat bukan sekadar pandai tabur janji tetapi pandai laksana dan tepati janji mereka.

"Apa masalah besar untuk kita bahaskan? Bagi saya isu ini isu remeh sahaja. Tidaklah besar sangat sampai boleh gugatkan negara.

"Saya rasa menunaikan janji itu mempunyai nilai universal," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi

Selain itu, Zulkifli menambah, beliau merasakan tiada kesalahan bagi kerajaan untuk menggunakan slogan tersebut.

"Saya tak nampak salahnya jika kerajaan kata mereka akan tunaikan janjinya.

"Mungkin slogan itu sangat ditakuti oleh orang yang selalu mungkir janji.

"Lagi-lagi orang yang membohongi rakyat yang janji dimungkiri sampai hari ini tak dibuat," katanya lagi.

PT
Janji ditepati tu tema untuk parti..buat pertandingan untuk pilih tema hari kebangsaan. Menteri yang berkaitan jangan tunjuk sangat kebodohan, budak sekolah pun meluat..pelajar IPT muntah terus dengan tema tu.....rakyat belum tentu lagi !!!

Sunday, 29 July 2012

APAKAH LAGU JANJI DITEPATI INI LAYAK JADI LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN ???


 Tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia.

Jika diteliti respon dan sambutan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan laman-laman blog, ternyata lagu Janji Ditepati yang mana liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim ini diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh khalayak internet khususnya di kalangan anak-anak muda.

Semakan  di laman YouTube mendapati, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini.

Malang bagi lagu ini kerana bukan hanya susunan muzik dan melodinya yang cincai dan tidak teratur, bahkan apa yang jelas adalah lirik lagu ini secara tersurat bersifat propaganda picisan dan bertujuan untuk memesongkan minda rakyat dari menghayati matlamat sebenar sambutan ulangtahun kemerdekaan negara.

Bermula dari rangkap awal lagu ini yang mengungkapkan perumpamaan kabur -- "macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari" -- diikuti dengan "satu Malaysia terus berjuang, janji kita ditepati", pendengar pastinya gagal memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi lagu ini.

Apa kaitan malam, siang, Bulan dan Matahari dengan konsep 1Malaysia? Apakah 1Malaysia ini hanya retorik bersifat janji kosong sehingga objek-objek angkasa lepas seperti Bulan dan Matahari pun boleh ditawarkan kepada rakyat?

Maka dari rangkap awal lagi lirik pembukaan lagu ini sudah bermasalah dan gagal menyampaikan sebarang mesej kepada pendengar.

Pendengar kemudiannya akan dibuai dengan lirik perihal "janji dikota"  dan kemudiannya bertemu dengan bait paling bermasalah iaitu "janji sudah ditepati, kini masa balas budi". Persoalan yang timbul adalah janji siapa yang sudah ditepati? Dan apa maksudnya "kini masa balas budi"?

Pada bahagian korus pula, secara jelas dapat disimpulkan bahawa lagu ini sebenarnya adalah wahyu penguasa yang diturunkan sebagai ingatan kepada rakyat.

Ini berbeza dengan lagu-lagu tema sambutan kemerdekaan sebelum ini khususnya di era Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi yang lebih berteraskan unsur kekitaan dan kebersamaan di antara pelbagai lapisan rakyat.

Keseluruhan bahagian korus lagu ini jika diteliti sememangnya tiada langsung penzahiran elemen patriotisme dan penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara. Apa yang ditonjolkan hanya sekadar memuja-muja dan mengangkat retorik kosong janji 1Malaysia yang sehingga kini masih kabur dan mengelirukan.

Akhir sekali adalah pada rangkap 'rap' -- lirik yang mengisi rangkap akhir ini paling parah dan bersifat cacamarba. Entah apa yang bersarang dalam benak si penulis lirik sehingga terhasil bait-bait lirik yang lemah, dangkal dan membosankan.

Alangkah jeleknya bila mana lirik rap pada rangkap terakhir itu diselit dengan istilah (Bantuan Rakyat 1Malaysia) BR1M, klinik dan kedai yang berorientasikan retorik 1Malaysia.

Apa kaitan BR1M, klinik dan kedai dalam proses penyampaian mesej kemerdekaan dan semangat patriotisme kepada rakyat? Ini langsung tiada kena mengena dengan semangat patriotisme.

Dan paling memalukan adalah tatkala dihebahkan kepada khalayak bahawa penulis lirik lagu ini merupakan seorang yang memegang jawatan menteri dan bertanggungjawab menjaga portfolio kebudayaan.

Tidak dapat tidak untuk disimpulkan bahawa tiada langsung sebarang elemen patriotisme, semangat kemerdekaan dan nilai patriotisme langsung tidak dirasai di dalam lagu ini..

Kemerdekaan seharusnya dirai dan dihargai dengan menghayati nilai patriotisme berasaskan semangat pencerahan yang tulen; bukannya dengan propaganda lapuk yang disandarkan pada sebuah lagu "kemerdekaan" paling buruk dalam sejarah negara.

Sumber : mK

BIAR BETUL !!! KERAJAAN GANTI LOGO HARI MERDEKA DENGAN LOGO 1MALAYSIA ???


Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".
 
Terkini ...

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lalu.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.

Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. - BERNAMA

PT
Nampak sangat nak menipu ???

Saturday, 28 July 2012

VIDEO !!! PERSAMAAN YANG KETARA ANTARA LAGU RAIS & KEVIN PRANOTO ???


Cuba dengar dan adakah lagu di bawah ada persamaan??? Apa sebenarnya yang telah Rais Yatim lakukan dengan lagu ini ????



IFGF Central Thanksgiving Retreat Worship led by Kevin Pranoto 


Lagu Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) by Rais Yatim

HASIL SENI UNTUK PRA SEKOLAH OLEH BAPAK MENTERI ??






Lirik by : Rais Yatim itu yang 'mahal' sekali, kerana bukan senang seorang pak menteri mempunyai idea untuk menghasilkan lirik lagu, memandangkan dibebani tugas menjaga 4 kementerian di bawahnya. Ekoran kontroversi yang melanda, Rais  mengeluarkan kenyataan di laman twitter yang berbunyi :



Selepas logo sambutan Hari Kebangsaan dikritik hebat, kali ini lagi temanya pula dipertikaikan. Bagi Buddhi Hekayat - penulis lirik lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano - "Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa cinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri," katanya.

Beliau menambah bahawa lirik "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".

Disebabkan kejelekkan inilah ramai pihak bantah, penggiat seni kreatif di Malaysia menawarkan diri untuk mencipta logo, lirik, secara percuma!
 
Dari blogger yuseriyusoff pula ini ulasan beliau...
 
Jangan pandang mereka ini sebagai pembangkang, kerana hasil penelitian saya terhadap laman facebook yang dibuka 3 hari lepas kebanyakkan dari mereka adalah rakyat biasa, majoriti darinya adalah anak muda.

Malah seorang mahasiswa turut berang dengan tindakan #yorais. Mahasiswa ini pendokong kerajaan yang menjayakan program Aman Kampus - We Love PM dan mengikuti jelajah ke seluruh negeri sebelum ini :



Jadi mereka yang membantah adalah rakyat Malaysia, mereka bukan penentang kerajaan. Mereka juga merupakan anak muda yang bakal memimpin negara di masa akan datang, dengarlah isi hati mereka!

Justeru itu, terimalah idea mereka, jangan terlalu sombong mengatakan orang berfikiran tertutup walhal kamu sendiri yang menutup minda kamu wahai DS Utama Rais Yatim!

Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan.



Catatan terbaru di You Tube : 28/7/2012 : 6.45 pm


17,618 Views - 3,118 DISLIKE , 46 LIKES 

Lagu ni tak ada langsung kena mengena dengan kemerdekaan. Kalau aku dengar pun sikit pun tak ada rasa patriotik.. Tak daantg pun semangat untuk memperjuangkan tanah air. Sepatutnya bagilah lagu yang memperingati pejuang2 terdahulu untuk dikenang semula oleh anak2 muda sekarang, bagaimna susah payah mereka memperjuangkan tanah air kita untuk MERDEKA !!! Kalau ye pun nak bodek dan hargai Perdana Menteri sekarang menggunakan lagu dan tema, buatlah pada Hari Malaysia. Kalau dah macam ni, macam perjuangan orang zaman dahulu tidak dihargai. Kalau Hari Kemerdekaan buatlah cara kemerdekaan Rais!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive