Showing posts with label janji ditepati. Show all posts
Showing posts with label janji ditepati. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

#TolakPakatan #JanjiKosong Pakatan Pembangkang di 4 Negeri #Vote4BN



Apabila berbicara soal mungkir janji, pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada pakatan pembangkang, ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.


Lisan atau lidah mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan, memang terkenal menuturkan seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya. Contohnya, ketika berkempen dan di atas pentas ceramah, mereka sering mengatakan ‘tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan alternatif) diberikuasa, apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan berikan itu dan ini.

Namun setelah mendapat kuasa yang diidamkan itu dan apabila janji tersebut dituntut oleh rakyat mereka dengan mudah akan mengatakan ‘Manifesto PR Bukan Janji’. Sedangkan di dalam Islam, menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)

Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud:

“…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (Al-Baqarah:177)

Oleh yang demikian mereka yang gemar berbohong atau sering memungkiri janjinya merupakan tanda-tanda adanya sifat nifaq atau ‘MUNAFIQ’. Malah junjungan besar kita nabi Muhammad SAW ada bersabda berhubung perkara ini.

“Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)”. (Hadis riwayat Bukhari).

Semua petikan surah dan hadis tadi merujuk kepada peri-pentingnya untuk seseorang itu menunaikan janji yang pernah diberikan, apatah lagi mereka yang telah diangkat sebagai pemimpin.

Namun berlainan dengan pakatan pembangkang, amaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul itu seolah tidak memberikan kesan kepada mereka. Sedangkan ada dikalangan mereka yang dikatakan sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ dan mereka yang kononnya bertaraf ulama. Seolah-olah Islam pada kaca mata mereka, hanya digunakan untuk membodohkan rakyat.

Bukanlah niat untuk melemparkan tuduhan, namun setelah 4 tahun mentadbir kerajaan di Pulau Pinang, Selangor & Kedah, serta 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis mereka yang masih lagi belum ditunaikan. Patutlah penyanyi Aishah yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ sertai pembangkang, rupa lagu tersebut ditujukan kepada pemimpin mereka.


Antara janji-janji mereka yang sehingga kini hanya tinggal janji kerana berpegang kepada pendekatan #ManifestoBukanJanji ialah tabung permulaan RM100 bagi anak-anak kelahiran Selangor (mana duit yang diJANJIkan itu???), bantuan RM75 bagi setiap kanak-kanak di nurseri (nak tunggu kes di ke mahkamah barangkali).

Berikut adalah antara janji-janji yang tidak ditunaikan.








Itulah antara janji yang pernah diberikan kepada rakyat yang sehingga kini GAGAL dilaksanakan. Malah di Kelantan, kerajaan Pas baru nak rasmikan pembinaan stadium yang dijangka akan siap pada PRU18 nanti.

  Pas kata pembinaan kompleks sukan pada Mac 2012
tetapi majlis pecah tanah pulak pada 30 Mac 2013 ??


Nampak sangat kerajaan auta ! Pembinaan Mac 2012, 


Majlis pecah tanah tapak Mac 2013

Kesimpulannnya rakyat khususnya pengundi di 4 negeri yang ditadbir oleh pakatan WAJIB menolak menolak wakil/calon pakatan dalam PRU13 nanti sebagai pengajaran agar jangan cuba membodohkan rakyat dengan menabur jan-janji palsu.

Thursday, 31 January 2013

JANJI HUSAM VS JANJI PM DI KELANTAN !!!!


Loni kalau  kita singgah dan dengar di kedai-kedai kopi. Orang Langau Hijau masih geger gegok dok perlekeh dan persendakan 7 janji YAB PM yang akan dilaksanakan di Kelantan.

Dan  YB tersohor Dato Husam Jamnapuri sekali lagi buat kenyataan bodoh..

“Jika royalti Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan”

yang bab royalti minyak tu satu hal, belum masa untuk di ulas. Bila Kickdefella cabar Presiden ROYALTI berdebat, si Husam ni tak kasi debat pasal dia tahu akan kalah. Penakut punyer orang!

 Antara 7 janji PM kepada rakyat Kelantan !!!
1. Highway KB - K.Krai (Husam maklum dapat royalti dia sendiri boleh buat) hakikatnya :

Laporan Audit Negara 2011 menjelaskan peruntukan yang diberi oleh pusat kepada kerajaan negeri unutk kerja-kerja jalan pun tak dapat dilaksanakan dengan baik.

 
Tok Pa sedang berbincang dengan pegawai JKR negeri di kediamannya di Kuala Lumpur berkaitan lebuhraya KB-KK..tapi Husam hanya 'bual' kosong ....

Pengauditan yang dijalankan pada bulan September hingga Disember 2011 mendapati secara keseluruhannya, pelaksanaan kerja penyenggaraan jalan negeri adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam perenggan-perenggan berikut. Secara ringkasnya, kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah:

· Rancangan membaru muka jalan tidak dilaksanakan.
· Kualiti kerja penurapan kurang memuaskan.
· Kerosakan permukaan dan bahu jalan tidak disenggarakan dengan baik.
· Penyenggaraan perabot jalan tidak dilaksanakan.
· Jambatan dan pembetung tidak disenggarakan serta longkang tersumbat.
· Perbelanjaan tidak mengikut Arahan Amanah.

Dalam tempoh 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sejumlah RM111.32 juta atau 42.9% daripada sejumlah RM259.73 juta pemberian Kerajaan Persekutuan untuk penyenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PTJ dan PBT.

- Rujuk Laporan Audit 2011

Macamana?? Peruntukan yang kerajaan pusat beri untuk jalan negeri pun tak dapat buat dengan baik, ni nak buat highway? Pelawok! pelawok! pelawok!

2. Stadium Baru bagi menggantikan SSMIV (Husam maklum dapat royalti dia sendiri blh buat) hakikatnya :

Laporan audit menyebut dalam dalam projek pembangunan Lembah Sireh usahasama antara kerajaan Negeri dgn syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd, syarikat tersebut mesti membina beberapa buah projek fizikal termasuk sebuah Stadium Tertutup Wanita yg sepatutnya siap pd 2007 bernilai RM25 juta sbg timbal balas kpd pajakan tanah seluas tidak melebihi 1000 ekar tetapi masih gagal dilaksanakan. Ini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan negeri dlm mengurus tadbir projek.
 
Laporan akhbar kenyataan Husam tentang stadium yang bakal 
dimulakan pembinaan pada mac 2012 !!! Tapi hingga sekarang tak nampak bayang pun ...


- Rujuk Laporan Audit 2011

Macamana?! Nak buat stadium baru konon.. Stadium yang puok-puok dio berpakat dengan Liziz Standaco pun tak buat-buat lagi. Sepatut dah siap 2007. Sekarang dah berapa tahun??! puii..

3. 3000 Perumahan Rakyat (Husam maklum dapat royalti die sendiri blh buat) hakikatnya :

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menegur kelemahan kerajaan Pas Kelantan dalam projek membina Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) biarpun diberi peruntukkan sebanyak RM19 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Melalui peruntukan itu kerajaan negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah. Daripada peruntukkan tersebut sebanyak RM8.33 juta telah dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu tetapi projek RAKR masih tidak berjalan sepenuhnya. 

Dalam tempoh RMK-9 tiada langsung projek RAKR dibina sebagaimana yang dirancang malah pembinaan projek sambungan RMK-8 secara usaha sama melibatkan dua blok pangsapuri yang mempunyai 160 RAKR di Wakaf Mek Zainab tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebanyak 56 daripada 100 unit rumah yang dibina di RAKR Gaal, Pasir Puteh belum dapat dijual walaupun projek tersebut siap tahun 2007. Sehingga akhir tahun 2010, tunggakan ansuran sewa beli dan sewa rumah berjumlah RM9.40 juta. Seramai 56 pembeli belum menjelaskan bayaran pembelian rumah secara terus berjumlah RM2.45 juta walaupun rumah tersebut diduduki/diserah kunci melebihi setahun.

Audit turut memberi pandangan bahawa kelemahan perancangan menyebabkan pelaksanaan projek RAKR di Kelantan tidak dapat dilaksanakan. Kegagalan Kerajaan Negeri membina rumah sebagaimana yang dirancang menyebabkan rakyat memerlukan rumah kos rendah tidak dapat memilikinya terutama bagi 1,913 pemohon yang berdaftar sehingga akhir tahun 2010.

Laporan itu turut menyatakan sepanjang tempoh perlaksanaan RAKR Kelantan (1976-2010) sebanyak 4,768 unit rumah dibina oleh kerajaan Negeri. Daripada jumlah itu sebanyak 3,746 unit dibina untuk jualan secara sewa beli, 778 unit untuk jualan terus manakala 244 unit lagi untuk disewa.

- Rujuk Laporan Audit 2010

Macamana?? Pusat dah salur duit utk buat pun masih xbuat jgk. pastu nak tunggu royati nak baru nak buat?? puii...

4. Masalah Air selesai (Husam maklum dapat royalti die sendiri blh buat) hakikatnya :
Hakikatnya Kerajaan pusat telah menyalurkan kepada Kerajaan negeri hampir RM 600 juta sejak 2000 untuk selesaikan masalah air. Butiran nya seperti berikut :

- Peruntukkan tersebut diberikan dalam dua bentuk, geran dan pinjaman mudah sebanyak RM597 juta tanpa sebarang faedah - Geran disalurkan melalui jabatan dan agensi Kerajaan 

Pusat yang kemudiannya akan bekerjasama dengan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd untuk pelaksanaannya. Sebagai contoh pembinaan loji baru, pemasangan paip dan sebagainya. Setelah siap projek ini, ia akan diserahkan kepada AKSB secara percuma dan AKSB yang dapat hasilnya - Berikut adalah pecahan geran yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu air di negeri ini : 

- 1. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- i) Bekalan air - RM265 juta.
- ii) Menaik taraf loji - RM81.5 juta 
- 2. Jabatan Kesihatan
- Program Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (Bakas) - RM53.4 juta.
- 3. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) - RM36.2 juta.
- 4. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
- Pembinaan dua loji di Gua Musang dan Pasir Puteh - RM22 juta
- 5. Peruntukkan Khas Timbalan Perdana Menteri - RM2.5 juta.

Macamana?? lagi sekali pusat bantu, tapi korang buat apa?! Kecek bual besar cis !!

5. Masjid terbesar sbg mercu tanda Kelantan (Husam maklum dapat royalti die sendiri blh buat) hakikatnya:

- 22 tahun perintah PAS hanya mampu buat Masjid Beijing kat Rantau Panjang dgn kos RM 7.5 juta. Ok, kalau puok dia kata apa perlu masjid banyak2 tapi takder makmun habis kenapa dibina juga Masjid Beijing? 

Ini bermakna mereka bukan taknak bina masjid, tapi tak mampu. kenapa tak mampu sedangkan dah lebih 20 tahun perintah Kelantan? Kerana mereka tak pandai jana pendapatan negeri. Siapa tak pandai? Nik Aziz, Husam dan puak2 nya.. apa yang mereka pandai? pandai beri ceramah semata2..Sebab pitis hasil ceramah tiap-tiap malam dikumpulkan tanpa audit dan yang pasti masukm poket YB dan pemimpin2 Pas.

6. BAS RAPID KOTA BHARU (Husam maklum dapat royalti die sendiri blh buat) hakikatnya:

Masalah penarik beca di Kota Bharu yang 'sejemput' tu pun UMNO negeri yang tolong setel..
tak napok jale naak harap ko Huse...baso make gajhi buto !!!

7. Kampus UiTM bandar (Husam maklum dapat royalti die sendiri blh buat) hakikatnya:

-Husam nak bina Universiti sendiri di Kelantan?? try fikir logik dia..
- masalah SAR pun pusat yang bantu..
- tadika PASTI pun mintak yuran.

Friday, 3 August 2012

PAKCIK RAIS TAK MENGAKU LAGU 'JANJI DITEPATI ' DICIPLAK !!!




Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menafikan dakwaan lagu kemerdekaan bertemakan "Janji Ditepati" tahun ini menciplak lagu gereja daripada Indonesia.

"Kami menyangkal dakwaan penulis blog dan akan melibat tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya dia gagal mempertahankan dakwaannya," Rais dipetik sebagai berkata kepada New Straits Times hari ini. 

Menurut harian itu, penulis blog yang beroperasi daripada Indonesia pada Isnin mendakwa penggubah lagu itu menciplak lagu pancaragam gereja True Worshippers berjudul "Serukan Namanya".

Rais yang juga penulis lirik "Janji Ditepati" menyalahkan pembangkang yang didakwa mengambil kesempatan atas tuduhan itu.

"Mereka tampil untuk mendapatkan publisiti murah dan gelojoh melalui dakwaan itu," katanya lagi.

Penggubah lagu "Janji Ditepati" Jasnie Mohd Yaakub juga semalam dilaporkan menafikan dakwaan sama.

Tuesday, 31 July 2012

LAGU JANJI DITEPATI SUDAH MEMECAHKAN REKOD !!!


Setakat jam 8.50 am 31/7/2012 sudah 19,290 yang DISLIKE video RAIS YATIM !!! Kemungkinan pecah rekod ni..

Komen dari You Tube....

PT
Kali pertama dalam hidup, aku mendengar sebuah lagu yang KONONNYA sebuah lagu tema Hari Kebangsaan yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Yang peliknya para menteri hanya mengambil sikap berdiam diri. Takkan la rakyat jelata riuh rendah seluruh MALAYA, para menteri diam seribu bahasa!!!!

Sunday, 29 July 2012

APAKAH LAGU JANJI DITEPATI INI LAYAK JADI LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN ???


 Tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia.

Jika diteliti respon dan sambutan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan laman-laman blog, ternyata lagu Janji Ditepati yang mana liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim ini diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh khalayak internet khususnya di kalangan anak-anak muda.

Semakan  di laman YouTube mendapati, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini.

Malang bagi lagu ini kerana bukan hanya susunan muzik dan melodinya yang cincai dan tidak teratur, bahkan apa yang jelas adalah lirik lagu ini secara tersurat bersifat propaganda picisan dan bertujuan untuk memesongkan minda rakyat dari menghayati matlamat sebenar sambutan ulangtahun kemerdekaan negara.

Bermula dari rangkap awal lagu ini yang mengungkapkan perumpamaan kabur -- "macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari" -- diikuti dengan "satu Malaysia terus berjuang, janji kita ditepati", pendengar pastinya gagal memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi lagu ini.

Apa kaitan malam, siang, Bulan dan Matahari dengan konsep 1Malaysia? Apakah 1Malaysia ini hanya retorik bersifat janji kosong sehingga objek-objek angkasa lepas seperti Bulan dan Matahari pun boleh ditawarkan kepada rakyat?

Maka dari rangkap awal lagi lirik pembukaan lagu ini sudah bermasalah dan gagal menyampaikan sebarang mesej kepada pendengar.

Pendengar kemudiannya akan dibuai dengan lirik perihal "janji dikota"  dan kemudiannya bertemu dengan bait paling bermasalah iaitu "janji sudah ditepati, kini masa balas budi". Persoalan yang timbul adalah janji siapa yang sudah ditepati? Dan apa maksudnya "kini masa balas budi"?

Pada bahagian korus pula, secara jelas dapat disimpulkan bahawa lagu ini sebenarnya adalah wahyu penguasa yang diturunkan sebagai ingatan kepada rakyat.

Ini berbeza dengan lagu-lagu tema sambutan kemerdekaan sebelum ini khususnya di era Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi yang lebih berteraskan unsur kekitaan dan kebersamaan di antara pelbagai lapisan rakyat.

Keseluruhan bahagian korus lagu ini jika diteliti sememangnya tiada langsung penzahiran elemen patriotisme dan penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara. Apa yang ditonjolkan hanya sekadar memuja-muja dan mengangkat retorik kosong janji 1Malaysia yang sehingga kini masih kabur dan mengelirukan.

Akhir sekali adalah pada rangkap 'rap' -- lirik yang mengisi rangkap akhir ini paling parah dan bersifat cacamarba. Entah apa yang bersarang dalam benak si penulis lirik sehingga terhasil bait-bait lirik yang lemah, dangkal dan membosankan.

Alangkah jeleknya bila mana lirik rap pada rangkap terakhir itu diselit dengan istilah (Bantuan Rakyat 1Malaysia) BR1M, klinik dan kedai yang berorientasikan retorik 1Malaysia.

Apa kaitan BR1M, klinik dan kedai dalam proses penyampaian mesej kemerdekaan dan semangat patriotisme kepada rakyat? Ini langsung tiada kena mengena dengan semangat patriotisme.

Dan paling memalukan adalah tatkala dihebahkan kepada khalayak bahawa penulis lirik lagu ini merupakan seorang yang memegang jawatan menteri dan bertanggungjawab menjaga portfolio kebudayaan.

Tidak dapat tidak untuk disimpulkan bahawa tiada langsung sebarang elemen patriotisme, semangat kemerdekaan dan nilai patriotisme langsung tidak dirasai di dalam lagu ini..

Kemerdekaan seharusnya dirai dan dihargai dengan menghayati nilai patriotisme berasaskan semangat pencerahan yang tulen; bukannya dengan propaganda lapuk yang disandarkan pada sebuah lagu "kemerdekaan" paling buruk dalam sejarah negara.

Sumber : mK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive