Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dipenghujung kariernya membuat satu kesilapan yang serius disaat Perdana Menteri dan Menteri Kabinet lain memberi fokus terhadap PRU 13 yang akan datang.
Rais Yatim tidak peka terhadap hari yang amat penting yang bakal disambut oleh seluruh rakyat Malaysia saban tahun, HARI MERDEKA. Kenapa melabelkan Rais tidak peka adalah kerana setiap tahun, Kementerian Penerangan akan menganjurkan Pertandingan atau Peraduan Mencipta Logo dengan hadiah yang agak lumayan. Kenapa kali ini Rais didapati cuba menonjolkan kelainan yang akhirnya memakan diri.
Kerajaan wajar peka terhadap pandangan rakyat kerana masih ramai rakyat yang masih hidup seusia dengan perjalanan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Kiranya teguran datang dari pihak pembangkang ianya boleh dianggap mainan politik pembangkang tapi kritikan keras juga datang dari pihak parti yang bersama kerajaan.
Mengalah bukan kalah, undur bukan mundur. Ianya hanya mengambil langkah baru yang lebih berjaya. Adalah tidak munasabah Rais cuba mencari populariti tapi tindakan beliau dilihat seolah tidak matang sebagai seorang Menteri Senior yang begitu memperhalusi setiap tindak tanduknya selama ini.
Harap, Rais Yatim fikir dengan serius perkara ini, kita, Malaysia menuju Negara Maju yang penduduknya sudah celik IT.
Lirik by : Rais Yatim itu yang 'mahal' sekali, kerana bukan senang seorang pak menteri mempunyai idea untuk menghasilkan lirik lagu, memandangkan dibebani tugas menjaga 4 kementerian di bawahnya. Ekoran kontroversi yang melanda, Rais mengeluarkan kenyataan di laman twitter yang berbunyi :
Selepas logo sambutan Hari Kebangsaan dikritik hebat, kali ini lagi temanya pula dipertikaikan. Bagi Buddhi Hekayat - penulis lirik lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano - "Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa cinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri," katanya.
Beliau menambah bahawa lirik "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".
Disebabkan kejelekkan inilah ramai pihak bantah, penggiat seni kreatif di Malaysia menawarkan diri untuk mencipta logo, lirik, secara percuma!
Dari blogger yuseriyusoffpula ini ulasan beliau...
Malah seorang mahasiswa turut berang dengan tindakan #yorais. Mahasiswa ini pendokong kerajaan yang menjayakan program Aman Kampus - We Love PM dan mengikuti jelajah ke seluruh negeri sebelum ini :
Jadi mereka yang membantah adalah rakyat Malaysia, mereka bukan penentang kerajaan. Mereka juga merupakan anak muda yang bakal memimpin negara di masa akan datang, dengarlah isi hati mereka!
Justeru itu, terimalah idea mereka, jangan terlalu sombong mengatakan orang berfikiran tertutup walhal kamu sendiri yang menutup minda kamu wahai DS Utama Rais Yatim!
Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan.
Catatan terbaru di You Tube : 28/7/2012 : 6.45 pm
17,618 Views - 3,118 DISLIKE , 46 LIKES
Lagu ni tak ada langsung kena mengena dengan kemerdekaan. Kalau aku dengar pun sikit pun tak ada rasa patriotik.. Tak daantg pun semangat untuk memperjuangkan tanah air. Sepatutnya bagilah lagu yang memperingati pejuang2 terdahulu untuk dikenang semula oleh anak2 muda sekarang, bagaimna susah payah mereka memperjuangkan tanah air kita untuk MERDEKA !!! Kalau ye pun nak bodek dan hargai Perdana Menteri sekarang menggunakan lagu dan tema, buatlah pada Hari Malaysia. Kalau dah macam ni, macam perjuangan orang zaman dahulu tidak dihargai. Kalau Hari Kemerdekaan buatlah cara kemerdekaan Rais!!!