Wednesday, 8 August 2012

JALUR GEMILANG JALUR MALANG - NIZAR PUTAR ALAM ???



KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar)menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.

Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.

Nizar berkata pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiringkan bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.

"Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara. Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman yang diterima beliau ekoran tweet beliau berkenaan Jalur Gemilang dan kemerdekaan.

Isnin lalu, Nizar dlam tweetnya menulis "Janji ditepati: malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!".

Mengulas lanjut, Nizar berkata apa yang dimaksudkan beliau ialah Jalur Gemilang itu yang malang, bukannya menukarkan nama Jalur Gemilang kepada Jalur Malang.

"Saya katakan malang perayaan merdeka kali ini dibuat BN keraa slogan politik mereka, hingga menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang luntur. Malanglah Jalur Gemilang bila tidak dikibarkan. Jalur Gemilang itu yang malang," jelas beliau lagi.

Mengakui penggunaan ayat di laman maya, khususnya laman sosial boleh menimbulkan pelbagai pemahaman yang berbeza, Nizar bagaimanapun berkata ramai yang mengecam tweet beliau itu menunjukkan betapa tidak fahamnya mereka terhadap patriotisme.

"Ramai di kalangan yang mengecam saya tidak faham tentang semangat patriotisme. Sebaliknya, hanya menunjukkan tahap patriotisme yang dididik Umno selama 54 tahun ini," tegas beliau. - Sumber

PT

Nizar memang bernasib malang sehingga kini.....Dimana semangat patriotik dan semangat kenegaraan dari pemimpin PAS? Inikah sifat pemimpin yang bakal memerintah Malaysia? Kecewa dengan tema kemerdekaan,jalur gemilang dikritik dan dihina.

Jika seorang pemimpin tidak mempunyai semangat patriotik dan semangat kenegaraan, dia tidak layak untuk menjadi pemimpin di bumi Malaysia ini.

Untuk mengkritik atau mengeluarkan kenyataan, seseorang pemimpin perlu berfikir panjang menilai baik buruk sesuatu perkara. Hal ini kerana, setia perkataan yang keluar dari mulut pemimin akan menjadi perhatian rakyat dan akan menjadi ikutan rakyat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive