Thursday, 18 October 2012

Takkanlah Tok Guru Juga Seorang Yang Hipokrik Dalam Melaksanakan Islam Di Kelantan ? #TukarKelantan

Pada tahun 1995 Kerajaan Nik Aziz menjelaskan MPKB telah melaksanakan banyak program yang selaras dengan Islam seperti : 

-menguatkuasakan pengharaman judi 
-menghapuskan lesen pengayuh beca RM24 setahun, 
-penyusunan semula penjualan arak, 
-kempen menutup aurat, 
-menghapuskan patung kijang 
-menjalankan kerja-kerja pengindahan dan kebersihan bandar.




Menurut beliau kesemua tanggungjawab tersebut telah dilaksanakan dengan peningkatan yang semakin baik. Ada dua perkara yang dijelaskan oleh kerajaan Nik Aziz yang perlu diberi perhatian yang boleh digambarkan betapa hipokritnya mereka. 


Pertama dalam isu penyusunan semula penjualan arak, nak sesun semula saja bukan nak hapuskan. Sedangkan Nik Aziz pernah mengatakan arak itu haram tetapi masih dijual berleluasa sampai sekarang. 

Nak tanya Nik Aziz duit lesen arak, dok kat mana sekarang, nanti buat bayar gaji MB? 


Kedua mengenai menghapuskan patung kijang. Ini lah ’Islam gula-gula’ yang dilaksanakan oleh Nik Aziz. 20 tahun lalu Nik Aziz bersungguh-sungguh nak laksanakan Islam, patung kijang yang tak cukop sifat pun dirobohkan. Dengan menghapus patung kijang itu maka fanatik Pas bersorak takbir !!!.

Tapi apa jadi sekarang patung Buddha yang terbesar,tertinggi dan terbanyak di Asia ada dinegeri Serambi Mekah yang dipimpin oleh Nik Aziz seorang Ulamak besar dan tersohor seentero dunia. 


Kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan. Masjid untuk orang Islam tak buat, tapi Nik Aziz baru-baru ni gi rasmi patung Budha tertinggi di Kg Balai Bachok.

Difahamkan Nik Aziz merasmikan pembukaan tempat ini di Kg Balai Bachok

Ingat Nik Aziz pesan Mat Iraq, "dalam melaksanakan tugas sebagai kerajaan kita kena tahu beza antara amalan budaya tradisional atau agama. Kalau perayaan agama kita tak wajib hadir apa lagi merasmikannya." 

Tapi Nik Aziz boleh pulak hadirkan diri ???

Wahai rakyat Kelantan kita selama ni kita diputarbelitkankan oleh Nik Aziz sehingga kita semua lalai memberi sokongan kepada Nik Aziz.. rupa-rupanya harapkan pagar, pagar makan padi.

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive