Friday 5 October 2012

INFO !!! JANET JACKSON PELUK ISLAM


Janet Jackson Peluk Islam ! Janet Jackson adik kepada penyanyi Pop terkenal, Micheal Jackson dilaporkan telah memeluk Islam selepas membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Arab iaitu Wissam Al Mana.

Menurut beberapa info, pasangan tersebut diberitakan akan bernikah pada tahun hadapan di tempat kelahiran jutawan itu di Doha, Qatar.

Menerusi portal www.emirates247 pada Rabu lalu melaporkan, pasangantersebut akan bernikah dalam satu majlis Islam, beberapa sumber berkata, pasangan itu juga akan menjadikan perkahwinan berkenaan sebagai majlis terbesar selain dapat diingati dalam sejarah.

Portal itu yang turut memetik sumber majalah barat National Enquirer yang melaporkan pasangan berkenaan telah menetapkan tahun 2013 tetapi masih memilih hari yang sesuai untuk majlis itu.

Mereka juga dilaporkan berhasrat membelanjakan wang kira-kira RM6 juta (AS$3 juta) untuk sebuah majlis gilang-gemilang sementara Wissam akan menghadiahkan sebuah jam Rolex berharga RM30,000 (AS$10,000) kepada setiap tetamu yang menyaksikan perkahwinan berkenaan.

Janet Jackson And Wissam Al-Mana


“Wissam akan menjadikan majlis bahagia itu sebagai ‘perkahwinan abad ini’ dan terbesar dalam sejarah hidup mereka,” lapor portal itu.

Wissam merupakan jutawan yang memiliki kekayaan keluarga dalam bidang hartanah dan media itu melamar Janet, 46, pada tahun lalu dengan memberikannya sebentuk cincin berlian 15 karat.

Pasangan tersebut bertemu pada bulan Disember 2009 selepas Janet membuat persembahan istimewa di Timur Tengah.

Pada mulanya, mereka dilaporkan mahu berkahwin pada tahun 2011 tetapi telah menangguhkannya untuk beberapa tahun agar dapat mengadakan majlis itu dengan perancangan rapi.

Janet Jackson dilaporkan telah keluar bersama Wissam yang hampir 10 tahun lebih muda daripadanya sejak musim panas 2010.

Malah menurut Janet, ianya bukan satu kesalahan untuk beliau keluar dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya.

Janet yang sebelum ini mempunyai hubungan sembilan tahun dengan penerbit album Jermaine Dupri berkata, ibunya sentiasa memberitahu dia bahawa umur hanyalah sekadar angka.

Menurut satu sumber, Janet dan arwah abangnya Micheal Jackson telah lama memeluk agama Islam, namun mereka tidak mengisytiharkan pegangan baru mereka itu kepada umum.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive