Tuesday 9 October 2012

TONY PUAka COP TUN M NYANYUK ???



"Saya tidak ingin melibatkan Perdana Menteri lalu kerana dia tidak lagi relevan dalam politik kini tetapi kata-kata yang dibuat Tun Dr. Mahathir itu adalah kata-kata yang saya rasa seorang yang telah nyanyuk. Beliau (Mahathir) hanya mencemarkan nama baik dia sendiri, apa yang masih tertinggal dan mengurangkan persepsi baik antara kalangan orang ramai terhadap beliau di dalam tahun-tahun terakhir ini," katanya seperti yang dilaporkan oleh media utama. 

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP itu membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas kenyataan negarawan tersebut dalam sebuah akhbar semalam yang menyifatkan memberi undi kepada pakatan pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang.

Walaupun sebagai "seekor anjing salakan" DAP, Tony Pua seharusnya berhati-hati di dalam membuat cacian dan makian terhadap Negarawan Ulung, Tun Dr Mahathir Mohamed. Apa jasa beliau kepada Negara Malaysia sehinggakan beliau diberi lesen untuk menghina seorang Mantan Pemimpin Negara? "Anjing salakan" harapan DAPig ini siapa? Semua orang tahu dia bukan ahli perniagaan yang berjaya. Sebelum pulang ke Malaysia, Tony Pua sendiri adalah seorang peniaga yang gagal!!! Beliau merupakan seorang pemilik syarikat Singapura yang mempunyai kerugian sebanyak SGD8.26 juta. Syarikat yang dimaksudkan didaftarkan di Singapura atas nama Cyber Village Holding Limited. Syarikat ini kemudainnya ditukar nama kepada Koyo International pada 2008 untuk mengelakkan daripada dikesan.

Si pembohong Tony Pua tidak pernah memberitahu umum bahawa syarikat Cyber Village telah diambilalih oleh Brightsphere Sdn Bhd (co No: 804460). Brightsphere adalah merupakan syarikat bernilai RM2. Pemilik saham Brightsphere terdiri daripada bekas pekerja Cyber Village (Sua Shii Huey dan Shieh Yee Bing), manakala Setiausaha Syarikat pula adalah isteri kepada Tony Pua, Yow Ting Fong. Brightshphere pula didaftarkan di alamat berdekatan dengan firma guaman isteri Tony Pua, Chris Lim Ting and Partners, T-109, 3rd Floor, Centre Point, BandarUtama. Jika tidak disebabkan pertolongan daripada Justin Leong Ming Loong, cucu kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pemilik Genting, yang membuat suntikan modal sebanyak SGD3 juta, Tony Pua sudah lama muflis!

Inilah calon harapan DAP yang bakal memegang tampuk Menteri Kewangan selepas Pakatan Haram menang PRU13. Kalau ini berlaku, yang pasti Malaysia akan turut bangkrap! Dengan sejarahnya yang tidak begitu elok, kita harapkan Tony Puaka duduk diam-diam maa! Jangan suka kutuk dan maki orang. Aiyaa, lupa wa mahu tanya, sudahkah "anjing salakan DAP" ini membayar RM200,000 kepada SYABAS selepas didapati bersalah oleh Mahkamah kerana memfitnah?


Sumber : khairulryezal.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive