Monday, 1 October 2012

HUTANG SYED MOKHTAR TAPI PEMBANGKANG DAN DAP YANG RISAU ???


KUALA LUMPUR, 27 Sept ― Hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang ditanggung syarikat-syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mewujudkan kemungkinan besar yang kerajaan akan terpaksa menebus hutang tersebut dengan wang rakyat, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu wartawan bahawa soalan tersebut yang diajukan kepada Kementerian Kewangan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat kerana ia berdasarkan andaian.

“Pada tahun 1997, kerajaan terpaksa menebus hutang syarikat, dan terpaksa membeli LRT, memberi pinjaman kepada Tan Sri Halim Saad yang berjumlah RM3.2 billion yang tidak dibayar balik,” kata Pua yang merujuk kepada syarikat kumpulan Renong semasa krisis ekonomi pada 1997.“Jika kumpulan syarikat mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion, dan apabila tidak mampu untuk membayarnya, kemampuan syarikat yang lain untuk membayar hutang juga akan terjejas.

Pua berkata, beliau kesal bahawa Datuk Seri Najib Razak, yang juga merupakan menteri kewangan, tidak menjawab soalannya hari ini kerana ia bakal mendedahkan risiko kepada krisis ekonomi.

“Syarikat beliau (Syed Mokhtar) berhutang sebanyak RM34.3 bilion, lebih dari sepuluh peratus dari hutang korporat nasional, dibandingkan dengan Renong sebanyak RM20 bilion, iaitu cuma lapan peratus.

“Ini adalah perkara serius dan bakal menjadi masalah kepada kewangan dan industri perbankan di negara ini,” kata Pua lagi.

Syed Mokhtar memiliki syarikat perhotelan Tradewinds, MMC Corporation dan pada awal tahun ini telah berjaya dalam bidaan untuk menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang yang mendapat kritikan dari kedua belah ahli politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, “Syed Mokhtar umpama raja kerana banyak bank di belakangnya.”

Yang bodohnya Bung Mokhtar Radin pergi cakap Mokhtar Bukhary macam raja bank backing dia kenapa?…bank dan negara bukanlah bodoh sangat beri kredit pada Mokhtar Bukhary sudah tentu atas kepentingan strategik negara juga terutama bumiputera. 


Kalau BAILOUT Mokhtrar Bukhary pun tak kisah sebab Amerika pun bailout company mereka juga cuma bila kerajaan Asia lain buat sahaja mereka barat kecoh. Janganlah DAP atau pembangkang risau tidak tentu pasal atau ada maksud tersirat dengan kejayaan Mokhtar Bukhary.

Sumber : mRm

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive