Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata parti tersebut tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan serta bertudung, seperti yang dilaksanakan di negeri Kelantan.
“DAP negeri Kedah sekali lagi mahu menegaskan serta menjelaskan bahawa kami tidak akan beri sokongan terhadap undang-undang hudud mahupun apa sahaja berkaitan isu negara Islam”
Kenyatannya tersebut bagi mengulas garis panduan pemasangan papan iklan seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Mat Noh, berhubung penggunaan bahasa, lanskap serta pakaian model pada iklan.
Menurut laporan akhbar tempatan itu, garis panduan tersebut antara lainnya bagi menekankan bahawa seseorang model tidak boleh berpakaian mencolok mata serta perlu menutup aurat untuk model beragama Islam.
Lee juga berkata, kenyataan Mat Noh itu hanya pendirian peribadi kerana garis panduan itu didakwa bercanggah dengan Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992.
Sementara itu, DAP Kedah juga bakal mengambil tindakan ke atas ahli majlisnya dalam MPKS yang mengenepikan kepentingan parti itu dalam pelaksanaan garis panduan tersebut.
“(Ahli majlis DAP) perlu tahu apa yang patut serta tidak patut disokong,”
Sementara itu, MPKS tidak berkuasa bagi menggubal atau mewartakan apa-apa peraturan tanpa persetujuan ahli majlis tersebut.
Smber : 4blogger
No comments:
Post a Comment