Friday, 5 October 2012

TEKANAN PR, SPRM MULA SIASAT KETUA MENTERI MELAKA ISU KENDURI KAHWIN MEGA ???



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega anak lelakinya.

mohd shukri abdul aca investigation director 080408"Kami sedang menyiasat... berapa banyak wang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya. Kami akan teliti satu per satu," kata Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Mohd Shukri Abdull (kanan) ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut kerana ia baru sahaja bermula.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam membuat laporan kepada SPRM Melaka dengan membangkitkan kemampuan Mohd Ali menganjurkan majlis dengan kos setinggi RM600,000.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam Parlimen juga mendakwa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran. - malaysiakini



3 comments:

  1. amboi! amboi! bukan main cekap dan cepat lagi sprm menyiasat, kalu kena ke pihak kerajaan, tapi kenapa azmin, anwar, samsidar dan lain2 anggota pembangkang yg mempunyai kekayaan yg luar biasa tak siasat2 lagi. nampaknya sprm ni lebih takut kepada pembangkang daripada takut kepada Allah! jalankan tugas dgn adil kepada semua pihak!!!

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt,,,,sebab sprm pr yg byr gaji mereka barangkali..

    ReplyDelete
  3. siasat kembali kemana perginya wang tabung memali?
    kohilal? projek2 jamnapari? projek jambatan palekbang? projek ladang rakyat? tabung projek lebuhraya rakyat? beribu2 tabung-tabung kutipan ceramah....????????????????????

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive