Showing posts with label Labis. Show all posts
Showing posts with label Labis. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

[ FOTO ] Dua Termasuk Anggota Polis Cedera Ditetak Di Balai Polis Labis


LABIS 18 Mei - Dua lelaki termasuk seorang yang dipercayai anggota polis cedera parah selepas diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang di Balai Polis Labis di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 40-an cedera di beberapa bahagian badan selepas diserang kumpulan lelaki berkenaan.Ketua Polis Daerah Segamat,

Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi berkata, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka dan isteri anggota polis tersebut yang menaiki sebuah kereta dipercayai ditahan seorang lelaki ketika memandu di Jalan Labis-Segamat, kira-kira dua kilometer dari Balai Polis Labis.Beliau berkata, sebaik sahaja mangsa keluar dari kereta, dia ditetak oleh seorang lelaki lain yang datang dari arah belakang.

"Melihat keadaan itu, rakan mangsa yang memandu kereta tersebut bertindak memecut kereta menuju ke Balai Polis Labis untuk mendapatkan perlindungan dan membuat laporan tentang kejadian itu.

"Namun, mereka telah diekori oleh lima lelaki yang menaiki sebuah kereta. Kumpulan itu kemudian bertindak menyerang rakan mangsa yang dipercayai anggota polis sebaik dia keluar dari kenderaan di kawasan balai.
Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditetak dengan parang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber

Monday, 30 July 2012

EKSEKUTIF TV9 MATI AKIBAT DIJERUT !!!

Kematian Eksekutif TV9 Akibat Dijerut. Kes Eksekutif Pentadbiran Berita TV9 yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Damansara Damai, kelmarin.

Polis mengesahkan kematian Nursyaleza Jaafar, 31 tahun akibat dijerut dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa. Susulan itu, polis menahan suami Allahyarham sebaik pengebumian selesai di Labis, Johor malam tadi.



Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, penahanan itu bagi membantu siasatan kes berikutan terdapat unsur jenayah dari hasil bedah siasat yang dilakukan semalam. Suspek berusia 31 tahun ditahan kira-kira jam 10:15 malam tadi di Felda Redong 1, Labis.

Beliau turut mengesahkan, kes kematian Allahyarham Nursyaleza kini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Hasil bedah siasat Hospital Sungai Buloh mendapati mangsa meninggal kerana sesak nafas akibat dijerut.

Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive