Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

Tahniah!!! Lebih Ramai Dapat A SPM 2012

PUTRAJAYA - Lebih ramai pelajar memperoleh 'A' dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berbanding tahun sebelumnya.

Seramai 15,793 daripada 459,118 calon memperoleh 'A' dalam semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.13 peratus berbanding 2011 manakala 481 calon pula mencatatkan 'A+' dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Keputusan SPM 2012 diumumkan pagi ini.

Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang gagal, bukan semestinya kita gagal dalam hidup!!!!

Saturday, 15 September 2012

CURAH CECAIR - 5 PELAJAR MELECUR TERUK KERANA LETUPAN BARBEKU ???


Lima pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras di sini, pagi semalam melecur teruk setelah berlaku letupan ketika mereka sedang barbeku sempena majlis rumah terbuka Adilfitri di sekolah tersebut kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Mangsa membabitkan pelajar tingkatan 4 dan seorang tingkatan 5 serta 4 daripada mangsa parah akibat melecur 25 hingga 45 peratus dari paras pinggang hingga muka.

Menurut seorang daripada mangsa, Mohd Hidayad Mohd Yazid, 16; ketika kejadian dia bersama kira-kira 20 rakan lain sedang memerhati seorang guru mencurahkan cecair pelarut ke dalam api, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan kuat dan api menyambar kami semua yang berada di sekeliling alat barbeku.

“Baju melayu saya terbakar pada bahagian seluar dan lengan, saya kemudian terus menanggalkan seluar dengan bantuan rakan.

“Setelah kejadian tersebut, guru yang mencurah cecair itu menghantar saya dan seorang rakan yang parah, Muhammad Azreen Rahim, 16, ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian daripada pihak keluarga pelajar yang cedera.

Menurutnya, setakat ini kes berkenaan tiada unsur jenayah serta lebih kepada kemalangan.

Saturday, 8 September 2012

FOTO !!! PELAJAR CALARKAN KERETA GURU DISIPLIN DI KEDAH ???




Cerita tentang nasib menimpa guru disiplin sesebuah sekolah (biarlah nama dirahsiakan), luruh hati kami mengenangkan sikap pelajar pada zaman sekrung yang sangat extrem dan langsung tiada masa rasa hormat pada guru. Selalunya, pelajar-pelajar seperti itu, akan terus tercicir dalam pembangunan dan kemajuan. Oh kesian, sedangkan seorang guru yang ingin melihat anak didiknya berjaya, sebaliknya diperlakukan demikian.

Kejadian ini berlaku di sebuah Sekolah Menengah di Kedah Darul Aman, di dalam kawasan sekolah.



Perkara seperti ini bukanlah tidak pernah langsung terjadi dulu-dulu. Tetapi sejahat-jahat budak dulu, tidaklah seperti zaman ini. Rasa hormat pada guru tu semakin terhakis entah di mana silapnya?.

Kepada adik-adik yang masih dibangku sekolah, sedarlah bahawa ilmu di zaman sekolah sangat penting untuk menempatkan di mana anda selepas itu. Kecundang di zaman persekolahan, tidak bererti anda akan terus gagal selama-lamanya dalam hidup, tetapi perjalanan hidup anda akan lebih banyak onak dan durinya berbanding mereka yang hidup penuh azam dan kesungguhan sejak di bangku sekolah. "Usaha Tangga Kerjayaan".


Tanya sahaja pada mereka yang tak pernah jejak kaki ke Universiti. Tentu sahaja jawapan jika boleh diundurkan masa "Andai Dapat Ku Undurkan Masa, Lagu AXL", mereka ingin masuk ke zaman persekolahn semula dan belajar bersungguh-sungguh untuk menempuhi hidup seperti orang lain yang berjaya ada rumah, ada kereta dan ada keluarga sendiri sedangkan dirinya masih membanting-tulang seharian sambil menyesali tindakan di bangku sekolah.

Ingatlah, tiada niat lain dari seorang guru yang menjadi lilin dengan membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Anak murid yang diajarnya, mungkin akan jadi seorang peguam, arkitek, usahawan berjaya mahupun perdana menteri sedangkan dirinya sampai ke tua tetap masih seorang guru di sekolah. Hormatilah guru kerana dari situ datang keberkatan dalam ilmu.

Jika ingin anak-anak yang hebat, sejak dibangku sekolahlah kita perlu pupuk sifat yang baik untuk menghasilakn anak yang berkualiti di atas muka bumi ini. Jika perangai macam sampah. Renung-renungkan lah ya?.

Kepada anda guru disiplin yang dihormati, kami di Klik Aje bersimpati dan kami harap anda banyak-banyakkanlah bersabar kerana sesungguhnya ini salah satu cubaan yang benar-benar menguji kesabaran sebagai seorang guru. Teruskan berbakti demi anak bangsa tercinta.
Sumber

Thursday, 6 September 2012

TALA PUNGGUNG !!! KOLEJ & PTPTN BERHENTIKAN SERTA MERTA ???

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya keputusan pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras memberhentikan seorang pelajarnya berikutan insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara telah dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Beliau berkata tindakan itu wajar dilakukan kerana ia telah mencemar nama baik institusi pengajian tinggi berkenaan.

    
NONE"Saya percaya keputusan memberhentikan pelajar itu telah dipertimbangkan sebaik-baiknya sehingga membawa kepada pemecatan itu," katanya kepada pemberita di Bangi malam tadi.

Beliau mengulas mengenai seorang pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif sebuah kolej, yang ditahan semalam dan kemudiannya dibebaskan berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.

Difahamkan pelajar itu diberhentikan serta merta untuk mencerminkan pendirian pihak kolej yang tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku menyalahi undang-undang negara.

Ditanya sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya, Khaled berkata ia terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan.

Beliau, bagaimanapun berkata pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar terbabit, juga telah diberhentikan serta merta.


PT

Dari dulu lagi orang2 tua dah cakap..kalau nak buat sesuatu kena fikir seribu kali bukan buat kut kata 'kepala lutut'. Tak pasal2 dah kena berhenti belajar dan pinjaman PTPTN juga telah diberhenti serta merta. Dengar cerita bapa budak ni dah mintak maaf secara terbuka kepada PM dan isterinya dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia. Tetapi kata orang 'nasi sudah jadi bubur' dah tak boleh nak selamat dah. 

Kepada golongan mahasiawa yang masih lagi belajar tak payah lah kamu membodohkan diri demi memenuhi impian orang lain. Tengok apa yang berlaku sekarang.. selain dari mak bapak budak jantan tu tak de lagi yang kisahkan. Harapkan pemimpin PKR...jauh panggang dari api la gamaknya....apapun kita ada otak dan akal maka sebelum membuat sesuatu perkara fikir2 dan renung2kanlah !!!

"SAYA MOHON MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA"- BAPA PELAJAR





BATU PAHAT – "Mewakili anak saya, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perlakuan anak saya itu," demikian rayuan A Rahman Abdullah, 53, bapa kepada salah seorang pelajar kolej swasta yang diambil keterangannya oleh polis berhubung kejadian menayang punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Menurut A Rahman, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan anaknya dan masih terkejut dengan apa yang telah berlaku.

"Saya terkejut sewaktu mendapat perkhabaran ini. Setahu saya, anak saya langsung tidak terlibat dalam mana-mana parti politik serta tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin.

"Bagaimanapun saya percaya dia terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya atau mungkin dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya dia lebih menumpukan masanya pada pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurut A Rahman, pihak polis juga telah memaklumkan yang anaknya dibebaskan kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Sehubungan itu, dia turut menasihatkan anak muda lain agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam mahupun masa depan sendiri.

"Saya berdoa agar anak saya segera insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut,"

Wednesday, 5 September 2012

RETI MALU BILA KENA TAHAN OLEH POLIS...MASA TUNJUK BONTOT HANG LUPA DUNIA ????


Oo pandai pulak ko tutup muka, kenapa malu ke? ingat orang tak kenal sangat la dengan muko seposen ko tu. Oo masa ko tunjuk punggung kat gambar PM dengan bii dia ko tak fikir apa2 ke? Nama saja sekolah tinggi tapi bangang berlapis2. Buat malu keluarga je ko nih!!! Tu la yang ko pi ikut segala suruhan sigay tua tu kenapa? Ko ni ada otak tapi akai takdop....memang patut la ko kena tahan polis...


Hepi sangatlah masa ko dok tunjuk bontot ko kat gambar PM kan?? Kau lupa ke peribahasa dulu2 "sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke lokap" Kenapa tak mintak tolong rakan2 seperjuangan ko masa ko buat kerja gile tu?? Takpun pi la mintak tokong dengan Mat Sabun?? Apapun pesanan aku kat ko...kalau diri kite kerdil jangan la dok berangan nak jadi gergasi dan buat kerja yang tak sepatutnya dibuat oleh seorang manusia yang masih jadi pelajar dan mengharapkan belas ihsan ibupa untuk menyara ko!!! 

Saturday, 1 September 2012

CINTA PUNYA PASAL! SANGGUP KAHWIN PENAGIH DADAH


Demikian luah seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.
Lebih mengejutkanbila penuntut tahun pertama jurusan teknologi maklumat itu sanggup kahwin lari sekiranya ibu bapanya menghalang.....

“Buat masa ini ibu bapa saya tidak mengetahui mengenai hubungan kami, namun saya akan maklumkan kepada mereka apabila tiba masanya kelak,” katanya.

Kata penuntut yang hanya mahu dikenal sebagai Dila ini, dia tidak kesal menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki terbabit biarpun tahu jenayah yang dilakukan.

Gadis berasal dari Temerloh, Pahang itu juga mengakui, sebelum ini dia tidak tahu bahawa teman lelakinya seorang kaki dadah sehinggalah dihubungi polis kerana komputer riba miliknya berada dalam simpanan lelaki berkenaan.

Dila memberitahu, dia dihubungi polis setelah teman lelakinya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan di sebuah rumah dekat Jalan Bunga Raya.
“Saya kenal dia dua bulan lalu, kami berkenalan di sebuah kedai makan dan mula bertukar nombor telefon.

“Sejak itu kami makin rapat dan sering bertemu,” katanya yang hadir di balai polis untuk menuntut komputer riba miliknya,
Dila berkata, biarpun tahu teman
lelaki itu bakal dihadapkan ke mahkamah, cintanya tetap tidak berubah.

“Biarpun baru tahu jenayah yang dilakukan tetapi saya tetap tidak dapat melupakannya,” katanya.

Demi cinta, dia sanggup menunggup teman lelakinya itu menjalani hukuman asalkan dapat menjadi suri dalam hidup suspek.

Buat masa ini, kata Dila, dia merahsiakan hubungan mereka kerana dia masih belum habis belajar manakala teman lelakinya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Suspek, 21, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik setelah mendapati remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disyaki menjadi dalang utama membekalkan dadah jenis pil kuda kepada penagih tempatan.

Penemuan 10 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis methamphethamine dalam poket seluar suspek menguatkan dakwaan dia terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.
Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut selain turut menasihati golongan remaja agar lebih berhati-hati jika ada hubungan cinta dengan lelaki tidak dikenali untuk mengelakkan diri terbabit dengan perkara menyalahi undang-undang.

Thursday, 30 August 2012

PELAJAR SEKOLAH AGAMA PUKUL MATI PENCEROBOH - APA MAJLIS PEGUAM BUAT ???



Mengejutkan kerana pelajar sekolah agama boleh membelasah seorang dewasa sehingga mati? Hukum apa yang mereka guna pakai hingga boleh mengambil tindakan undang-undang sendiri? Penceroboh terbabit hanya mencuri, tidak bolehkah mereka tangkap dan serahkan pada polis? Jika keadaan seperti ini berlaku dipihak polis. Akan ada peguam atau wakil dari Dap atau Pakatan Haram yang datang membela nasib si mati. Bagaimana pula dengan kes ini?

Siapa pula nak bela si pencuri yang mati dipukul oleh pelajar tahfiz disekolah agama yang sememangnya Pro Pas ni?

ALOR SETAR- Seorang lelaki berusia 35 tahun yang memecah masuk asrama sebuah sekolah agama swasta di Jalan Sultanah di sini hari ini, mati setelah dibelasah sekumpulan pelajar lelaki sekolah itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek, seorang penagih dadah, dikatakan memecah masuk asrama itu dan mencuri telefon bimbit dan sebuah beg, tetapi disedari oleh sekumpulan pelajar yang kemudiannya bergelut dengan lelaki itu untuk menangkapnya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pergelutan antara kumpulan pelajar berusia awal 20-an dengan suspek, menyebabkannya mengalami kecederaan dalaman dan patah tulang rusuk kiri.

Beliau berkata suspek yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan disahkan meninggal dunia kira-kira 2 petang.

“Satu laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pelajar terbabit dan masih menunggu laporan hasil bedah siasat terhadap suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Adzaman berkata berdasarkan rekod, suspek mempunyai empat kes jenayah lampau iaitu pada tahun 2006 termasuk satu kes curi dalam kediaman.

Katanya setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar untuk memberi keterangan sehingga keputusan hasil bedah siasat ke atas suspek diperoleh. -Bernama

Wednesday, 18 July 2012

SANGGUP TIDURI LELAKI UNTUK GAJET ??


Sekadar foto hiasan

JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.

Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.

Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.

“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal. sH

Sunday, 24 June 2012

BIAR BETUL !!! SISWA UM DITAHAN POLIS TANPA SEBAB?


Seorang siswa Universiti Malaysia ditahan untuk siatatan polis hari ini sebelum satu program dialog antara pelajar dan perdana menteri diadakan di kampus tersebut.

Koh Cher Hao, seorang siswa jurusan sains sukan, didekati polis berpakaian preman ketika berada di dalam Dewan Tunku Canselor.

Kataya, polis tersebut menunjukkan kad kuasa mereka dan kemudian meminta beliau mengikuti mereka keluar.

Apabila keluar daripada dewan tersebut, pelajar itu bertanya kepada polis berkenaan sama ada beliau ditahan dan polis berkata beliau akan tahu apabila tiba di balai polis, katanya.

Koh dibawa ke balai polis Pantai di mana beliau disiasatan mengikut Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah.

MP Serdang Teo Nie Ching yang bergegas ke balai polis untuk memberi bantuan guaman mengutuk tindakan polis atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.

“Kesalahan boleh tangkap termasuk pembunuhan, culik, rogol, kecurian atau pecah rumah. Apabila saya tanya polis, apakah kessalah boleh tangkap di sini, mereka tidak boleh jawab.

- Bernama

pT
Ini mesti salahkan UMNO ..tak percaya tunggu la kenyataan dari PR esok. Apu pun masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Friday, 27 April 2012

Terkini!!! Dataran Merdeka Selepas Ditutup Sepenuhnya Malam Tadi

 Seluruh kawasan padang Dataran merdeka telah di tutup. Semua yang berada di dalam kawasan  padang telah keluar dan berkumpul di tepi jalan tanpa sebarang kejadian yang tidak di ingini.

Dikhabarkan pimpinan pelajar Safwan Awang dan kumpulan manusia yang 'terpelajar ini' telah menyatakan yang mereka akan terus tunggu di luar kawasan padang sehinggalah tengahhari hari ini dan akan menuju ke Masjid Negara untuk solat jumaat serta berucap di sana selepas solat jumaat.







Lebih dari seminggu kumpulan 'manusia terpelajar' ini menjadikan Dataran sebgai rumah mereka dengan menjalankan segala kegiatan yang sesetengahnya bercanggah dengan tuntutan agama. Apa yang mereka dapat dengan berbuat demikian. Selain dari mendapat pujian dan kutukan apalagi yang mereka dapat? Fikir-fikirkanlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive